Ford Ranger Raptor kini dengan warna True Red - Raptor merah pertama di pasaran!

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia memperlihatkan secara rasmi Ford Ranger Raptor X Edisi Khas yang didatangkan dalam warna True Red.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Pengenalan ini sekaligus menjadikan ia Raptor merah yang pertama diperkenalkan di dalam pasaran.

Ford Ranger Raptor X Edisi Khas ini didatangkan dengan beberapa ciri moden, seperti kamera 360 darjah yang memudahkan urusan pemanduan baik di kawasan urban mahupun off-road, serta ciri perakam Video Digital daripada Kenwood yang menawarkan ciri penglihatan malam, pelindung berpolaris, aplikasi mudah alih dan storan kad memori sebesar 32GB.

 


Edisi khas ini diakhiri dengan pemasangan pelekat halilintar Raptor X, serta alas kaki Edisi Khas yang memberikan perbezaan yang lebih ketara, selain mengekalkan ruang kabin yang premium pada Ranger Raptor.

Ford Ranger Raptor masih lagi mengekalkan penggunaan nadi 2.0 liter bi-turbo yang menghasilkan tenaga 213 PS dan daya kilas setinggi 500 Nm, sistem transmisi automatik 10 kelajuan, sistem suspensi FOX Racing Shox, serta sistem pengurusan Muka Bumi yang menawarkan enam mod pemanduan.

 


Aspek keselamatan pula turut tidak dilupakan dengan ciri seperti Brek Kecemasan Automatik dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki, Amaran Pelanggaran Hadapan, serta Bantuan Keluar Laluan.

Ford Ranger Raptor X Edisi Khas ini dijual pada harga bermula RM216,888 atas jalan tanpa insurans, serta lengkap dengan jaminan pengeluar selama lima tahun atau jarak perbatuan 160,000 km yang mana terdahulu.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Domestik
Semenjak diperkenalkan untuk pasaran Malaysia pada tahun 2022, Generasi baharu Ranger dan Ranger…
Berita Global
Namun begitu, terdapat perancangan untuk menghasilkan variasi trak pikap talaan Ralliart, termasuk…