Namun begitu, terdapat perancangan untuk menghasilkan variasi trak pikap talaan Ralliart, termasuk sebuah model yang mampu menyaingi trak pantas Ford Ranger Raptor.
Menurut ketua pakar produk Yoshiki Masuda, "untuk trak Triton kita sudah mempunyai model asas - kita ada beberapa versi yang dihasilkan untuk keperluan pelanggan. Dan selepas itu versi sporti, versi rali - mungkin Ralliart? Saya tidak tahu."
"Ia kini sedang dipertimbangkan. Namun apabila kami memperkenalkan Triton Ralliart pada masa akan datang, ia bakal mempunyai beberapa gred.

"Ada pihak yang mahukan perubahan kosmetik untuk harga yang lebih murah, namun ada pihak yang mahukan model yang lebih berkuasa dan sporti.
Antara pasaran yang bakal mendapat trak pikap Triton versi sporti itu termasuklah Australia, di mana ia kini menawarkan Ford Ranger, Toyota Hilux dan Nissan Navara berprestasi tinggi yang cukup popular di sana.
Dalam pada itu, laman Drive menyebut trak Triton berprestasi tinggi itu berkemungkinan besar akan dimuatkan dengan nadi V6, namun buat masa ini tidak dapat dipastikan wujudnya enjin V6 bersesuaian yang boleh digunakan daripada pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi.
Sumber: Drive