Ford Ranger XLT Edisi Khas dilancarkan pada harga RM120,888

oleh SALINA JALIL|
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal untuk jenama Ford di Malaysia telah melancarkan model baharu Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas, khusus untuk pelanggan-pelanggan di Malaysia.


Ia hanya dihasilkan dalam unit terhad untuk jualan di seluruh negara.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas ini hadir dalam warna Absolute Black dan Arctic White serta dipasang terus dengan dapra lebar (fender flare), kamera undur (rear view camera) serta penutup tonneau yang berfungsi.

Untuk meningkatkan lagi tawaran gaya hidup Ranger ini, sistem infotainmen telah dinaik taraf dengan menggunakan skrin sesentuh 9-inci yang lebih besar, lengkap dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto yang menyokong aplikasi-aplikasi mobil seperti Spotify, Waze, YouTube dan Google Chrome melalui sambungan "hotspot" agar perjalanan anda lebih seronok serta memudahkan. 


 

 

Pelekat bercorak geometri juga diberikan di kiri dan kanan trak ini untuk menonjolkan gaya sporti dan kelasakannya.


Dijual pada harga RM120,888 untuk Semenanjung Malaysia dan RM126,388 untuk Sabah dan Sarawak (harga atas jalan, tanpa insuran), Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas baharu kini berada di semua dewan pameran Ford di Semenanjung Malaysia.

 

decal

 

Untuk Sabah dan Sarawak, trak ini akan mula dipamerkan pada minggu ketiga bulan Disember.

 

Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion berkata, "Ranger terus menarik perhatian pelanggan dari pelbagai lapisan di seluruh negara. Dengan varian Edisi Khas yang terhad ini, kami sasarkan ia akan mewujudkan satu produk yang lebih eksklusif bagi pelanggan-pelanggan yang mahukan sebuah kenderaan serba boleh untuk pemanduan di atas jalanraya dan laluan lasak. Ia juga memberikan satu lambang gaya hidup." 
 

 

Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas baharu ini menggunakan enjin Ford Duratorq 2.2L turbodiesel dan dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan automatik. Ia menghasilkan 160 PS dan daya kilas setinggi 385 Nm.

 


Antara kelengkapan lain adalah 4X4 Shift-On-The-Fly, bilah pengelap dengan pengesan hujan, sistem stereng berkuasa EPAS (Electric Power Assisted Steering) dan lampu daytime running lights.

 

wo box

 

Ia turut dilengkapi dengan dua beg udara, ‘e-locking differential’, fungsi Kawalan Menuruni Bukit (Hill Descent Control), Bantuan Permulaan di Bukit (Hill Launch Assist), Sistem Cegah Brek Terkunci (Antilock Braking System) dengan Bantuan Brek Kecemasan (Emergency Brake Assist) dan  Pengagihan Daya Brek Elektronik (Electronic Brake Force Distribution), cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX, Kawalan Stabiliti Elektronik (Electronic Stability Control) dengan Kawalan Cengkaman (Traction Control), Rollover Mitigation, Kawalan Ayunan Treler (Trailer Sway Control) dan Kawalan Adaptif untuk Beban (Adaptive Load Control).

 

Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas didatangkan dengan pakej waranti selama tiga tahun atau sehingga 100,000 km, yang mana terdahulu.

 


Untuk informasi lebih lanjut berkaitan Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas  atau Ford di Malaysia, layari laman web https://www.sdacford.com.my.


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Travelog itu bertujuan untuk mempromosikan agropelancongan, yang semakin popular di Malaysia,…
Berita Domestik
Promosi bermula sekarang sehingga 31 Mac ini menawarkan diskaun sehingga 64 peratus untuk alat…
Berita Domestik
Sepanjang tempoh ini, pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga 20 peratus untuk alat ganti…