Ford Transit Connect R120 - hanya 30 unit akan dihasilkan

oleh HEZERI SAMSURI|
Untuk penggemar van, ini berita menarik. 

Syarikat modifikasi UK, MS-RT akan membina 30 unit Ford Transit Connect R120 untuk dijual.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MS-RT memang sering menjadi rakan kongsi Ford dalam penghasilan kenderaan-kenderaan kustom tetapi kali ini, ia mahu menghasilkan dalam jumlah yang banyak (30 unit).

Di bawah ialah spesifikasinya:

  • Datang dalam bentuk jarak roda pendek atau panjang.
  • Ada dua atau tiga tempat duduk.
  • Transmisi manual atau automatik.
  • Hanya datang dalam bentuk van panel sahaja.
  • hanya datang dalam warna Frozen White dengan pelekat (decal) warna hitam dan merah.
  • Roda aloi dari jenama OZ Racing.
  • Sistem ekzos dengan empat corong (ala Geely X50).
  • Sistem infotainment terbaharu Ford - FordPass.
  • Datang dengan sistem penghasil bunyi enjin/ekzos palsu dari Jerman, Maxhaust. Sistem menggunakan apps telefon pintar membenarkan pengguna mengawal kekuatan bunyi enjin palsu yang dihasilkan oleh pembesar suara di dalam kabin.

Ia akan dijual di UK dan Ireland utara dengan harga bermula dari £25,995 (RM142,000).

Geram bukan? 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…