FORD TUBUHKAN PASUKAN ‘SKUNK WORKS’ UNTUK HASILKAN EV MAMPU MILIK

oleh Firdaus Razani|
Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Ford Motor, Jim Farley mendedahkan bahawa Ford mempunyai sebuah pasukan rahsia untuk membangunkan platform kenderaan elektrik (EV) mampu milik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Farley berkata platform baharu itu sepatutnya membolehkan Ford mengeluarkan dan menjual EV yang lebih mampu milik berbanding yang ada di pasaran sekarang.

Dengan penubuhan pasukan yang digelar ‘Skunk Works’, ia merupakan sebahagian daripada usaha untuk bersaing secara dengan Tesla dan pembuat EV kos rendah dari China.

Jenama seperti Tesla kini dalam usaha untuk membangunkan EV yang lebih murah bagi menangani kebimbangan bahawa kereta dan trak berkuasa bateri yang mahal boleh menghalang penggunaan pengguna.

 

ford

 

Pasukan khas Skunk Works itu telah membangunkan reka bentuk kejuruteraan kenderaan yang boleh digunakan untuk mencipta pelbagai jenis kenderaan elektrik, kata Farley.

Jim Farley berkata, "Semua pasukan EV kami memberi tumpuan tanpa belas kasihan kepada kos dan kecekapan dalam produk EV kami kerana persaingan muktamad ialah Tesla mampu milik dan syarikat China,"

Oleh itu, Ford kini merancang untuk melancarkan EV yang menggunakan platform EV kos rendah yang akan datang dan teknologi itu akan menjadi bahagian penting dalam strategi elektrifikasi yang diubah suai.

Ford merancang untuk menjual lebih banyak hibrid dalam jangka masa terdekat sambil menumpukan lebih kepada EV kecil dan kurang pada yang besar.

Menurut Cox Automotive, pertumbuhan jualan EV di Amerika Syarikat semakin perlahan dan faktor kos yang tinggi menjadi punca utama penurunan permintaan EV.

 

ford

 

Walaupun jualan EV meningkat sebanyak 40 peratus pada suku keempat 2023 berbanding tempoh sama pada 2022, namun ia kurang sembilan peratus dari suku sebelumnya.

Menurut kajian oleh S&P Global Mobility tahun lalu, hasil tinjauan menunjukkan separuh daripadanya berpendapata harga EV masih terlalu tinggi.

Selepas ini Ford akan menumpukan pada konsep perbandingan antara pengguna awal atau permintaan pengguna kerana ia bakal menunjukkan pasaran yang lebih berbaloi untuk Ford

 

SUMBER : CNNBussiness , AutomotiveDive

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…