RED BULL HASILKAN SEBUAH HYPERCAR BERNADIKAN ENJIN V10 DENGAN 1000HP

oleh Firdaus Razani|
Jika di Formula One (F1) kita pasti mengenali pasukan Red Bull Racing yang banyak mendominasi perlumbaan dalam satu musim sehingga menjadi salah satu pasukan yang digeruni dalam litar.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Kehebatan kejuruteraan pasukan itu tidak dapat dinafikan lagi dan kali ini Red Bull bakal melancarkan sebuah hypercar yang dihasilkan sendiri oleh cabang kejuruteraan Red Bull Racing Group iaitu Red Bull Advanced Technologies.

 

rb17

 

Red Bull menamakan jentera hebat tersebut sebagai RB17, walaupun bunyinya seperti nama jentera Formula 1 Red Bull Racing, namun, "RB16" yang digunakan pada tahun 2020 telah digantikan oleh "RB16B" dan RB18 pada musim berikutnya.

 

rb17

 

Sejak diumumkan pada 2022, RB17 dikatakan bakal menjadi pesaing dalam kelasnya iaitiu Mercedes-AMG One dan Aston Martin Valkyrie yang turut direka oleh jurutera dan pereka pasukan F1 Red Bull, Adrian Newey.

 

rb17

 

Pada mulanya ia diperkenalkan dengan enjin V8 turbo berkembar, namun kalini hypercar baharu itu akan menampilkan enjin V10 beraspirasi semula jadi.

Enjin V10 itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 1,000hp pada 15,000rpm dan ditambah lagi dengan motor elektrik yang memberikan 200 hp tambahan.

 

rb17

 

Menurut Adrian Newey, beliau berkongsi bahawa berat kerb jentera ini adalah kurang daripada 900 kilogram dan beratnya boleh dibandingkan dengan Mazda MX-5 Miata edisi khas di Jepun yang mempunyai berat 990kg.

Aston Martin RB17 dikatakan sebagai salah satu kereta paling aerodinamik pernah dibuat dan bersedia untuk mencatatkan masa pusingan yang setanding dengan jentera F1 sebenar.

 

rb17

 

Menurut Newey, RB17 dapat menjana downforce sehingga 1,700kg pada kelajuan 241kmj dan pada kelajuan 193kmj, downforce hypercar itu sama berat dengan RB17 itu.

Setelah reka bentuk dan spesifikasi teknikal dimuktamadkan, Red bull merancang untuk menjalankan ujian pada setiap komponen pada tahun ini.

Model berskala penuh hypercar tersebut akan dipamerkan pada musim panas ini walaupun ketika ini ujian untuk hypercar tersebut di landasan tidak dijadualkan sehingga lewat tahun 2025.

 

rb17

 

Dijangkakan, pengeluaran kereta tersebut pada pelanggan akan bermula pada 2026, dan 49 orang yang bertuah memiliki kereta tersebut akan menerima latihan termasuk menggunakan simulator F1 Red Bull.

Harga yang dijangkakan untuk kereta ini adalah bernilai $6.3 Juta termasuk cukai, jika ditukarkan kepada nilai mata wang ringgit ia akan menjadi RM29 Juta.

SUMBER : motor1

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Kokpit bagi simulator perlumbaan itu dihasilkan dengan replika jentera RB18 lengkap bersama sayap…
Berita Global
Sebagai sebahagian daripada kempen pemasaran, Honda telah memberikan juara dunia Max Verstappen…
Sukan Bermotor
Berdasarkan laporan terbaharu oleh CAR Magazine, kemasukan pengeluar tersebut bakal diwakili oleh…