Francais Fast & Furious bakal terbit filem spinoff terbaharu, dibintangi Michelle Rodriguez

oleh Mohamad Hanif|
Melihatkan kepada kejayaan filem spin-off francais Fast & Furious, Hobbs & Shaw yang berjaya mengutip $760 juta di seluruh dunia, tiada ada sebab untuk francais filem aksi lawan hukum fizik itu untuk terus berhenti begitu sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan laporan terbaharu daripada Giant Freakin Robot, Fast & Furious bakal membawakan sebuah lagi filem spin-off dengan menampilkan pelakon Michelle Rodriguez sebagai watak utama (Letty Ortiz).

Michelle telah pun berkecimpung dengan dunia Fast & Furious semenjak filem pertama lagi, dan wataknya pernah 'dimatikan' dan dihidupkan semula sepanjang tujuh filem yang dibintanginya (kecuali 2 Fast 2 Furious dan Tokyo Drift).

Untuk filem terbaharu ini, ia bakal ditulis oleh Geneva Robertson-Dworet (Captain Marvel) dan Lindsey Beer (The Kingkiller Chronicles).

Filem kesembilan F9: The Fast Saga bakal menerjah pawagam pada 25 Jun ini setelah beberapa kali ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.

Selepas filem F9, Fast & Furious bakal menampilkan dua lagi filem (F10 dan F11) sebelum ia ditamatkan secara rasmi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Akan tetapi, usah terkejut apabila jenaka kotak gear Fast Furious itu ternyata bakal menjadi satu…
Berita Global
Menurut laman berita tersebut, Sung Kang dilapor sedang membangunkan dua projek filem terbaharu,…
Gaya Hidup
Namun begitu, ia tidak menghalang pelakon utama yang juga produser filem, Vin Diesel untuk…