G-Wagen akan kekal hidup - sebagai SUV elektrik sepenuhnya!

oleh Mohamad Hanif|
Daripada sebuah SUV yang direka untuk tidak langsung menjimatkan penggunaan bahan api, Daimler akhirnya membuat keputusan untuk mengubah karakteristik unik tersebut pada G-Class.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Menurut Ketua Unit Transformasi Digital Daimler, Sascha Pallenberg menerusi satu ciapan di Twitter mengesahkan ucapan CEO Daimler Ola Kallenius mengenai masa hadapan SUV kotak itu. 

Walaupun sebelum ini terdapat beberapa desas-desus yang mendakwa Daimler bakal menghentikan produk yang ikonik itu, jauh di sudut hati mereka tetap mengakui bahawa G-Class adalah ikon utama kepada Mercedes-Benz itu sendiri. 

Memandangkan Mercedes sudah pun mempunyai cabang jenama elektrik tersendiri (EQ), tidak dapat tidak Mercedes-Benz G-Class juga akan dimasukkan ke dalam barisan kenderaan EQ tidak lama lagi. 

Ini bermakna, Mercedes akan mempunyai dua model mercu yang bakal dikuasakan oleh tenaga elektrik sepenuhnya, iaitu EQS (S-Class) dan G-Class Electric ini, selepas pengenalan EQC dan juga EQV. 
 


Bagi anda yang tidak mengetahui, ini bukanlah kali pertama G-Wagen hadir dalam bentuk SUV elektrik, kerana sebelum ini syarikat Austria Kreisel Electric menawarkan produk yang serupa dengan 483 kuasa kuda, serta pecutan sepantas 5.6 saat (0-100 km/j).

Terima kasih kepada penggunaan pek bateri berkapasiti 80 kWh dan sistem pengecasan 150 kW, G-Class Kreisel Electric itu mampu bertahan sejauh 300 kilometer untuk sekali cas penuh. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
G-Wagon Redefined by Urban Automotive - Widetrack & Aero Kit   G-Wagon Redefined by Urban…
Berita Global
  Memandu “six point nine” menzahirkan keyakinan diri dan gaya sofistikated. Pemandu berprestasi…
Berita Global
  Bawa semula ciri-ciri lama dan lahirkan Mercedes-Benz G-Class Edition Stronger Than the 1980s…