GAC GS3 Emzoom 2024, tempahan dibuka, unit CBU, harga bawah RM130k

oleh Mohamad Hanif|
WTC Automotif (M) Sdn Bhd, syarikat subsidiari Warisan TC Holdings Sdn Bhd kini secara rasmi membuka tempahan bagi model SUV yang bakal dilancarkan kelak, iaitu GAC GS3 Emzoom 2024.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

GAC GS3 Emzoom merupakan SUV segmen B generasi kedua  yang boleh didapati dalam dua varian utama, iaitu Exclusive dan Premium-R.

Dari segi kuasa, ia dibekalkan dengan nadi empat silinder sebaris 1.5 liter turbo menghasilkan 177 PS @ 5,500 rpm dan daya kilas 270 Nm @ 1,400 rpm, dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan.
 

GS3


Mengikut spesifikasi model pasaran China, GS3 Emzoom mampu memecut sepantas 7.5 saat dari 0-100 km/j, kelajuan tertinggi 190 km/j dan bacaan penggunaan bahan api serendah 5.9 liter untuk setiap 100 km.

GS3 Emzoom membawakan elemen rekaan yang tersendiri, termasuklah jeriji Mecha Wing, unit lampu LED Laser Eye Split LED, lampu belakang Light Dart, spoiler belakang agresif, rekaan pemegang pintu tertanam, serta ciri bumbung 'terapung'.

Tidak seperti model terdahulu, GS3 Emzoom membawakan susun atur papan pemuka yang  lebih moden, dengan dua skrin paparan digital, tombol gear Crystal Shifter, serta kemasan dalaman yang lebih premium.
 

GS3


Difahamkan, terdapat empat pilihan warna menarik ditawarkan iaitu Ivory White, Starlight Silver, Lake Blue dan Graphene Grey.

GS3 Emzoom 2024 unit CBU sudah boleh ditempah dengan yuran serendah RM1,000, dan 100 orang pertama yang sudah menempah SUV ini akan dijemput untuk menghadiri acara pra-tonton tertutup.
 

GS3


GAC Malaysia turut mengumumkan program CKD yang akan bermula pada suku kedua 2024 di kilang Tan Chong Motor Assemblies (TCMA) di Segambut, Kuala Lumpur, dan menyasarkan untuk membuka pusat pameran pertama di Petaling Jaya pada akhir Februari ini.

Lima lagi pusat pameran bakal menyusul, iaitu di Glenmarie, Cyberjaya, Seremban, Johor Bahru dan Pulau Pinang dalam tempoh separuh pertama 2024.

WTCA menyasarkan lebih 20 pusat pameran dan pusat servis di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MOU itu akan memudahkan kajian ke dalam pengeluaran CKD bagi versi pemanduan kanan GAC EMKOO bagi…