Pelantikan pengedar tersebut adalah sebahagian daripada strategi WTCA untuk mengukuhkan kehadirannya dalam industri automotif Malaysia sambil membawa kecemerlangan automotif ke pasaran tempatan.
Sembilan pengedar itu ialah Evolution Autotech Sdn Bhd, Gem Utara Sdn Bhd, Ju Brothers Motor Sdn Bhd, Klinik Kereta Tampin Sdn Bhd, Kuantan Motor Sdn Bhd, Mercu Usaha Automobile Sdn Bhd, Motion Beyond Sdn Bhd, Sincere Scope Sdn Bhd, dan SV Auto Selection Sdn Bhd.
Selaras dengan rancangan pengembangan WTCA, setiap pengedar baharu itu akan ditempatkan di bandar utama di seluruh Semenanjung Malaysia, iaitu Cyberjaya, Alor Setar, Butterworth, Seremban, Kuantan, Sungai Petani, Setia Alam, Johor Bahru dan Balakong.
Pengedar tersebut dijangka akan siap pada separuh pertama 2024, dan menjadi rangkaian jualan dan selepas jualan GAC Motor Malaysia serta memberikan nilai dan perkhidmatan kepada pelanggan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Warisan TC Holdings Berhad, Tan Keng Meng, berkata, "Kami teruja untuk mengalu-alukan 9 pengedar yang dihormati ini untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kami yang semakin berkembang,"
“Kepakaran dan dedikasi mereka terhadap kecemerlangan sejajar dengan nilai kami, dan bersama-sama, kami bersedia untuk menawarkan pengalaman automotif yang dipertingkatkan kepada pelanggan di seluruh Malaysia.”tambahnya lagi.
Pelantikan pengedar baharu itu melambangkan usaha GAC Motor Malaysia yang tidak henti-henti dalam mengejar kecemerlangan jenama dan capaian jenama di Malaysia.
Menurut Tan, kini syarikat mempergiatkan pelaburan untuk mengembangkan lagi rangkaian untuk memastikan perjalanan pengalaman pelanggan yang luar biasa, termasuk di Malaysia Timur.