Menurut Aston Martin, Vantage ini merupakan unit pertama yang didatangkan dengan gril hadapan opsyen "Vaned" yang sebelum ini hanya boleh didapati pada model-model lagenda Aston Martin.

Rekaan gril hadapan tersebut mempunyai rekaan yang lebih lembut jika dibandingkan dengan penampilan Vantage yang lebih agresif. Ia menampilkan lima bilah melintang yang boleh disesuaikan dengan warna hitam atau perak.
Aston Martin Vantage Liquid Crimson ini juga turut menampilkan opsyen Black Wings Badges, serta rim Snowflake 20 inci yang lebih ringan 6.23 kg berbanding rim standard.

Ruang kabin Aston Martin Vantage ini dikemaskan dengan penggunaan kulit Caithness yang serba mewah dengan sentuhan lembut, dan boleh disesuaikan dengan warna tunggal atau dua tona (Obsidian Black dan Lords Red).
Dengan penawaran yang disebutkan itu tadi, tidak menghairankan apabila harga jualannya jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan model Vantage standard (RM678,000.00).

Sebagai makluman, Aston Martin Vantage Liquid Crimson berharga dari RM851,000 tidak termasuk cukai yang berkaitan, dan terdapat dua unit Vantage kustom yang bakal hadir dalam masa terdekat dengan tempoh menunggu minimum lapan bulan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +603-2163 1196 atau emel [email protected]