Aston Martin henti penawaran kotak gear manual bermula 2022

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Top Gear
Sudah tidak banyak pengeluar yang masih lagi kekal dengan penawaran transmisi manual, dan Aston Martin turut mengambil langkah yang serupa.

Ketika bercakap kepada pihak media automotif Australia baru-baru ini, ketua eksekutif Aston Martin Tobias Moers memberikan bayangan akan menghentikan penawaran transmisi manual pada model Vantage facelift.

"Secara jujurnya, ia bukanlah satu langkah yang baik (untuk mengekalkan transmisi manual). Kami telah melakukan beberapa penilaian (terhadap model tersebut) dan tidak lagi memerlukannya.

Beliau turut menambah, walaupun ia hadir dengan trenkuasa bespoke, cabaran utama adalah untuk terus memenuhi regulasi peraturan emisi yang semakin ketat tahun demi tahun, dan langkah untuk mengekalkan transmisi tersebut disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Selain daripada itu, tidak ramai peminat di luar sana yang masih lagi mahukan sebuah kereta bertransmisi manual.

Aston Martin memperkenalkan semula penawaran transmisi manual enam kelajuan menerusi model Vantage AMR beberapa tahun lalu, sebelum meluaskan penawaran tersebut pada model Vantage standard.

Pada ketika itu, bekas ketua eksekutif Andy Palmer percaya ia menyumbang kepada poin jualan unik bagi membezakan dengan pesaing yang sudah pun lama menghentikan penjualan model bertransmisi manual.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Trend ke arah SUV pada tahun 2000-an di Amerika Syarikat hanyalah satu daripada banyak perubahan…
Informasi
Namun pada tahun 2009, Nissan memperkenalkan teknologi untuk mengautomasikan proses tersebut dan…
Berita Global
Foto dari: Us Secret Service   Latihan tersebut dijalankan di Pusat Latihan Perkhidmatan Rahsia…