Gambar intip: Sedan Lotus Type 133 diuji di China

oleh Mohamad Hanif|
Lotus nampaknya sedang mempersiapkan diri untuk melancarkan sebuah model sedan berkuasa elektrik Lotus Envya, atau lebih dikenali dengan kod nama Type 133 kelak.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Lotus Envya yang dikesan di China ini masih lagi diselubungi dengan kain samaran bagi mengelakkan sebarang butiran terperinci bocor, namun kita masih lagi dapat melihat elemen rekaan yang dirujuk daripada model SUV elektrik Lotus Eletre.

Seperti contoh, unit lampu hadapan jenis terpisah diikuti dengan bukaan jeriji bawah yang besar serta liang kemasukan udara yang bersudut.

Model prototaip itu juga dikatakan tidak mempunyai bonggolan khas di atas cermin hadapan, berkemungkinan besar perumah kepada unit LiDAR berjaya disembunyikan dengan baik.

 


Berdasarkan pemerhatian pada ruang kabin, Lotus Envya merupakan sebuah sedan yang mampu memuatkan empat orang pada satu-satu masa.

Terdapat 'terowong transmisi' yang jelas memisahkan penumpang di bahagian kanan dan kiri, tempat duduk sports serta tali pinggang keledar merah, dan sistem infotainmen jenis terapung yang sama macam model Eletre.

Sedan elektrik baharu Lotus ini dijangka akan menggunakan platform Electric Premium Architecture (EPA), bermakna penawaran kuasa mungkin sekali bermula dari 595 hp/710 Nm manakala model andalan pula mampu menjana 893 hp dan 985 Nm.

Sumber: FB The Automobilist

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain menjadi sedan EV pertama, Lotus Emeya juga merangkap model EV ketiga yang diperkenalkan oleh…
Berita Global
Jika sebelum ini Lotus sudah memperlihatkan kereta hiper Evija dan SUV elektrik Eletre, model…
Berita Global
Dikenali dengan kod nama Type 133, sedan elektrik itu dikesan sedang diuji di utara Sweden yang…