Seorang artis AtchaCars menerusi laman Youtube telah menunjukkan skil dengan menghasilkan rendering imej berdasarkan gambar yang telah tertiris serta elemen-elemen yang ada pada kenderaan moden Hyundai.
Di bahagian sisi trak pikap ini, terdapat garisan berbentuk V yang ditampilkan pada bahagian sisi yang bercantum menjadi satu garisan yang bersambung ke bahagian bed terus ke lampu belakang.
Terdapat garisan perak yang melintangi bahagian tingkap sisi bermula dari tiang A terus menuju ke tiang C yang menambahkan sentuhan kontras yang sangat menarik.
Namun, imej bahagian sisi ini hanyalah berdasarkan gambar yang tertiris tempoh hari dan tiada imej di bahagian hadapan yang dapat dihasilkan buat masa ini.
Namun, berdasarkan apa yang ditawarkan pada model Hyundai masa kini, sekurang-kurangnya kita sudah pun mempunyai gambaran yang jelas bagaimana rupa sebenar trak pikap Hyundai yang bakal diproduksikan pada tahun 2021.