Gangguan pengeluaran, Toyota gantung sementara operasi 14 kilang di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Motor akan menyambung semula operasi kilang pemasangan di Jepun pada hari Rabu, setelah mengalami gangguan sistem yang menyebabkan keseluruhan operasi pengeluaran ditangguhkan buat sementara waktu pada hari Selasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Siasatan awal mendapati gangguan sistem tersebut bukan berpunca daripada serangan siber yang boleh menghalang sistem daripada melakukan tempahan komponen.

Data daripada Reuters menunjukkan kilang pemasangan Toyota di Jepun bertanggungjawab menghasilkan satu pertiga daripada jumlah produksi keseluruhan global pengeluar tersebut.

Sebelum ini, gangguan bekalan cip semikonduktor menyebabkan Toyota terpaksa mengehadkan jumlah produksi harian.

Secara purata Toyota menghasilkan kira-kira 13,500 unit kenderaan sepanjang tempoh enam bulan pertama di Jepun dan dalam tempoh yang sama Toyota telah berjaya meningkatkan output produksi sebanyak 29 peratus, atau peningkatan pertama yang memberangsangkan untuk tempoh dua tahun.

Angka tersebut walau bagaimanapun tidak termasuk dengan kenderaan yang dihasilkan oleh Daihatsu dan Hino.

Tahun lepas, salah sebuah syarikat pembekal Toyota telah mengalami serangan siber yang menghalang Toyota daripada melakukan tempahan komponen, namun operasi telah bersambung seperti biasa dengan menggunakan jaringan sandaran.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…
Berita Global
Beliau berkata demikian selepas lawatan daripada pegawai ekskutif Tesla ke negara tersebut pada…
Berita Global
Aset tersebut turut merangkumi tanah, bangunan, jentera dan kelengkapan pengeluaran. Menurut…