Hyundai Motor beli aset GM di India

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai Motor India Ltd telah menandatangani perjanjian dengan General Motors India bagi membolehkan Hyundai memperoleh aset GM di kilang Talegon, Maharashtra, India barat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Aset tersebut turut merangkumi tanah, bangunan, jentera dan kelengkapan pengeluaran.

Menurut laporan Nikkei Asia, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada perancangan Hyundai untuk mengembangkan lagi produksi di pasaran membangun.

Pengumuman ini muncul selepas Hyundai dilapor meningkatkan lagi pegangan pasaran automotif di India.

Tahun lepas, pengeluar Korea Selatan itu telah menjual sebanyak 552,000 unit kenderaan, menjadikannya pengeluar automotif kedua terbesar dengan pegangan pasaran sebanyak 14.5 peratus.

Dengan perolehan kilang GM yang mempunyai kapasiti produksi tahunan sebanyak 130,000 unit kenderaan, Hyundai mengunjurkan produksi kenderaan sekitar 1 juta unit setahun di India.

Sumber: Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
  Hyundai mengumumkan projek itu semasa program Design Talk di Seoul, Korea Selatan. Turut serta…
Berita Global
Menerusi program Assurance Job Loss Protection, para pemilik baharu Hyundai dan Genesis yang…
Berita Global
Ia merupakan kilang pertama Hyundai untuk rantau Asia Tenggara dan dijangka bakal memberikan…