Geely dan Renault capai kerjasama hasilkan enjin petrol dan teknologi hibrid, Proton turut terima manfaat

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Geely Automobile Holdings dan pembuat kereta Perancis, Renault Group baru-baru ini dilaporkan bakal bekerjasama untuk menghasilkan enjin petrol dan teknologi hibrid untuk jenama kereta di bawah kumpulan itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Kerjasama baharu itu bakal melibatkan pelaburan sehingga 7 bilion euro (RM36 billion).

Ia bertujuan untuk mengeluarkan enjin pembakaran dalaman dan sistem hibrid yang lebih cekap, disaat kebanyakan jenama dalam industri automotif hanya fokus kepada kereta elektrik (EV).

Pengerusi Geely Holding Group, Eric Li berkata, "Kami berbesar hati untuk memulakan perjalanan ini bagi menjadi peneraju global dalam teknologi hibrid, menyediakan penyelesaian pelepasan emisi rendah untuk pembuat kereta seluruh dunia."

Menurut wakil Renault, syarikat baharu melalui kerjasama itu akan menggaji 19,000 orang di 17 kilang enjin dan lima hab penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Ianya dijangka untuk membekalkan kepada pelbagai jenama dalam industri termasuk Proton, Volvo, Nissan, Mitsubishi Motors dan PUNCH Torino.

Menurut Renault juga, kerjasama itu menyasarkan untuk mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sehingga lima juta enjin pembakaran dalaman, hibrid dan enjin hibrid plug-in serta transmisi.

Pada bulan Mac lalu, Reuters turut melaporkan bahawa usaha baharu itu akan memperoleh pendapatan tahunan sebanyak 15 bilion euro (RM77 bilion).

Saudi Aramco yang menandatangani surat niat dengan Renault dan Geely pada Mac dikatakan sedang menilai pelaburan strategik dalam syarikat baharu itu.

Syarikat pengeluar minyak Saudi itu telah terlibat dalam perbincangan lanjutan untuk mengambil alih kepentingan sehingga 20% dalam kerjasama tersebut.

Usaha sama itu dijangka dilancarkan pada separuh kedua 2023.

 

Sumber: Renault Group

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…