Geely Galaxy E8 2024 - platform SEA, senibina 400V & 800V, jarak gerak cecah 665 km

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa bulan yang lepas, Geely telah melancarkan sebuah jenama automotif baharu Galaxy dengan sasaran mahu menawarkan barisan model mesra alam.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, model terbaharu Galaxy telah pun didedahkan secara rasmi di dalam bentuk badan sedan, iaitu Galaxy E8 yang dikatakan bakal memberikan saingan sengit kepada model BYD Han EV.

Galaxy E8 dibangun menggunakan pelantar Sustainable Experience Architecture (SEA) Geely.
 

Galaxy


Ia membawakan ukuran sepanjang 5,010 mm, lebar 1,920 mm, tinggi 1,465 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,925 mm.

Malah, E8 juga mencatatkan angka pekali seretan serendah 0.199 sahaja, menjadikannya lebih aerodinamik jika dibandingkan dengan Mercedes-Benz EQS (0.202 Cd) dan Nio ET7 (0.208 Cd).

Menariknya, sedan ini berjaya mencapai angka pekali seretan yang rendah meskipun Galaxy E8 ini dilengkapi dengan cermin sisi konvensional.
 

galaxy


Turut menyumbang kepada angka Cd yang rendah ialah rekaan bampar hadapan tanpa bukaan jeriji tradisional, rekaan lampu yang tajam, rim aerodinamik serta struktur pemegang pintu yang tertanam kemas dalam panel badan.

Galaxy E8 ini boleh didapati dalam beberapa varian.

Versi asas mempunyai senibina bateri LFP 400 voltan dengan kapasiti 62 kWh, membenarkan jarak gerak sejauh 550 km dengan bantuan motor elektrik tunggal 272 hp pacuan roda belakang.
 

galaxy


Terdapat juga versi kapasiti bateri yang lebih besar (76 kWh) dengan jarak gerak yang mampu mencecah sehingga 665 km.

Galaxy E8 ini juga tersedia dengan sistem bateri 800 voltan berkapasiti 76 kWh, dengan jarak gerak sejauh 665 km untuk sekali cas penuh, dan tetapan dua motor elektrik - 224 hp untuk gandar depan, 421 hp untuk gandar belakang.

Menurut Geely, E8 dengan senibina 800V ini boleh menambah jarak sejauh 180 km untuk tempoh pengecasan sepantas lima minit sahaja. 
 

galaxy


Ruang kabin Galaxy E8 ini menempatkan sebuah skrin gergasi bersaiz 45 inci dengan resolusi 8K merentasi bahagian atas papan pemuka, roda stereng rekaan atas dan bawah rata, konsol tengah yang agak ringkas dengan butang fungsi dan dial berbentuk bulat.

Selain itu, ia juga turut mempunyai slot pengecasan peranti pintar tanpa wayar, sistem pencahayaan ambien dan bumbung panorama.

Geely Galaxy E8 akan dilancarkan secara rasmi di acara Guangzhou Auto Show 17 November ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…