Geely lancar EV Geometry Kungfu Cow - peh nama kau...

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang kita maklum, Geometry merupakan jenama khusus yang diwujudkan oleh Geely untuk kenderaan elektrik bajet rendah, dan model terbaharu yang dilancarkan ini adalah Geometry EX3 Kungfu Cow.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan harga jualan bermula dari 59,700 yuan (RM38,700), SUV Kungfu Cow ini membawakan ukuran sepanjang 4,005 mm, lebar 1,760 mm, dan tinggi 1,575 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,480 mm.

Dari segi kuasa, ia membawakan motor elektrik berkuasa 95 PS dan 180 Nm yang memacu roda hadapan, dengan pecutan 0-50 km/j boleh diselesaikan dalam masa 4.59 saat.
 

Kungfu


Pek bateri kecil 37 kWh membenarkan jarak operasi sejauh 322 km mengikut data NEDC, sementara pengecasan dari 30-80 peratus kapasiti  bateri mengambil masa sekitar 30 minit menggunakan pengecasan pantas.

SUV Kungfu Cow ini membawakan skema warna dua tona putih hitam dengan aksen warna lime green, gril hadapan yang sedikit berbeza daripada model asal Vision X3, dan slot pengecasan di bahagian tengah gril.
 

Kungfu


Sementara ruang kabin pula menempatkan rekaan papan pemuka moden Geely yang dimulakan dengan skrin kluster digital lapan inci, skrin tengah 10.25 inci, serta rekaan corong pendingin hawa melintang penuh bahagian tersebut.

Di bahagian konsol tengah terdapat tuil brek tangan, serta tombol rotar penukaran gear, sementara keseluruhan rekaan kabin dilayangkan dengan  tema kemasan dua tona.
 

Kungfu


Kelengkapan keselamatan Kungfu Cow ini cukup asas merangkumi dua beg udara, ABS, serta cagak ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding dengan model standard Geely Panda yang muncul pada Disember 2022, Panda Knight yang…
Berita Domestik
Namun dalam laporan terbaharu daripada Bernama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan…
Berita Domestik
Model EV pertama smart #1 dijangka akan muncul di pasaran Malaysia pada suku keempat tahun 2023,…