Geely lancar sembilan satelit orbit rendah untuk kenderaan autonomi

oleh Mohamad Hanif|
Geely pada minggu lalu telah berjaya melancarkan sembilan satelit orbit rendah yang direka untuk menawarkan navigasi yang lebih tepat untuk kenderaan autonomi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sembilan unit satelit pertama GeeSAT-1 itu dilancarkan daripada Pusat Pelancaran Satelit Xichang, wilayah Sichuan dengan menggunakan roket Long March 2C.

 

GeeSAT


Geely menjangkakan sehingga 63 lagi unit satelit yang akan tiba di orbit menjelang tahun 2025, dengan mensasarkan jumlah keseluruhan satelit sehingga 240 unit pada masa akan datang.

Satelit tersebut mempunyai tempoh jangka hayat sekitar lima tahun, dan ia tidak akan meninggalkan sebarang sisa di angkasa lepas selepas tamat tempoh.
 

GeeSAT


Dengan pelancaran ini, Geely merupakan syarikat pengeluar automotif kedua yang mempunyai perniagaan berkaitan dengan angkasa lepas, selepas SpaceX yang dimiliki oleh CEO Tesla, Elon Musk.

SpaceX kini mempunyai jaringan lebih daripada 2 ribu unit satelit untuk perkhidmatan internet Starlink di ruang orbit bumi.

 


Sumber: CNA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…