Geely mungkin tembus pasaran US, hasil kerjasama dengan Renault

oleh Mohamad Hanif|
Bulan Ogos yang lalu, Geely dan Renault dilaporkan telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi membentuk satu syarikat kerjasama (JV) bagi membolehkan Renault menawarkan kenderaan hibrid di China menggunakan pelantar yang dibekalkan oleh Geely.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, laporan daripada Reuters menyebut kerjasama antara kedua belah pihak itu memungkinkan jenama Lynk & Co mampu menembusi pasaran Amerika Syarikat 'menerusi pintu belakang'.

Memetik tiga sumber yang rapat dengan isu tersebut, Reuters melaporkan Geely boleh menggunakan kelebihan perjanjian perdagangan bebas yang termeterai antara Korea Selatan dan Amerika Syarikat untuk membolehkan mereka memasuki pasaran tersebut.

Menurut laporan itu lagi, Geely mahu menggunakan fasiliti Renault yang terdapat di bandar Busan, Korea Selatan untuk memasang SUV Lynk & Co 01 dan mengeksportnya ke Amerika Syarikat.

Bagi Renault, kerjasama ini turut membolehkan pengeluar dari Perancis itu 'memasuki' semula pasaran China setelah mereka berundur diri lebih setahun yang lalu setelah kerjasama dengan syarikat tempatan Dongfeng dihentikan.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…