Geely PreFace - konsep sedan sports bakal serang Jerman?

oleh HEZERI SAMSURI|
Pameran Auto Shanghai yang berlangsung bermula semalam melihat Geely menampilkan konsep sedan sporty mereka, Preface Concept.

Dibina menggunakan platform Compact Modular Architecture (CMA) yang juga dikongsi bersama Volvo, ia dikatakan bakal menjadi penanda aras baharu jenama China dengan jenama barat.

Gril hadapan kekal dengan elemen Expanding Cosmos tetapi direka agar nampak lebih moden. Ia diapit oleh sepasang lampu LED garang.

 

 

Pintu pula berteraskan konsep "suicide doors" yang Careta jangkakan tidak akan diteruskan jika Geely hendak menghasilkan model ini untuk jualan.

Bahagian sisi jelas menunjukan elemen Eropah sementara di belakang pula sangat ringkas, tetapi kekal elegan.

Tidak keterlaluan untuk dikatakan rekabentuk ini mampu menggugat jenama-jenama dari Jerman.

 

 

Ruang kabin juga dibiarkan ringkas dan "straight forward", sementara penggunaan warna putih, coklat, biru metalik dan fabrik kelabu jelas unik.

Walaupun pasti ada yang berkata ia akan dijadikan sebuah Proton, kami merasa ia terlalu mewah untuk jenama tempatan itu yang dicadangkan oleh Geely sebagai sebuah jenama "entry level" untuk pasaran global sahaja. 

Tiada butiran mengenai enjin dan transmisi diberikan untuk setakat ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Geely Berpotensi Gunakan Kilang Valencia Untuk EX2 Menurut laporan tersebut, langkah ini…
Berita Global
Sistem tersebut dijangka akan digunakan secara meluas pada model utama seperti Geely Monjaro dan…
Berita Global
Maklumat ini didedahkan menerusi laporan industri automotif global yang memetik kenyataan…