Genesis berjaya jual 1 juta kenderaan sejak 2015

oleh Mohamad Hanif|
Setelah 'bebas' daripada bayang Hyundai pada penghujung tahun 2015, Genesis telah berjaya menjadi salah sebuah jenama automotif mewah yang terunggul.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sehingga Ogos 2023, pengeluar dari Korea Selatan itu akhirnya secara rasmi menghasilkan lebih satu juta unit kenderaan di peringkat global.

Lebih separuh daripada 1,009,804 unit (atau 690,177 unit secara tepatnya) datang daripada pelanggan di tanah air sendiri, diikuti pasaran Amerika Syarikat (lebih 225,000 unit) serta beberapa pasaran lain.
 

gv80


Menariknya, model Genesis yang paling laris bukanlah SUV seperti mana yang dicapai oleh pengeluar lain, akan tetapi disumbangkan oleh model sedan G80.

SUV pertama Genesis hanya muncul pada awal tahun 2020 menerusi model GV80, diikuti dengan SUV GV70 dan SUV elektrik GV60 yang berkongsi platform E-GMP dengan Kia EV6, Hyundai Ioniq 5 dan Ioniq 6.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Genesis Motor Europe memperkenalkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) unik GV70 Snow…
Berita Global
Seperti yang telah dijangka, permainan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital itu kini menyertakan…
Berita Global
  Sasaran itu bakal dicapai melalui gabungan jualan model elektrik Hyundai Motor, Kia dan Genesis…