Hyundai Motor Group mahu jadi pengeluar EV tiga teratas dunia, bakal belanja besar!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hyundai IONIQ 6
Hyundai IONIQ 6
Sudah banyak produk buatan Hyundai Motor Group yang berjaya mencabar pengeluar antarabangsa.

Hyundai IONIQ 5 dan Kia EV6 misalnya tampil melambangkan kemajuan dan keterbukaan pengguna dalam menyambut kenderaan elektrik (EV) buatan Korea.

Sergahan HMG diteruskan melalui IONIQ 6, KONA Electric, Niro EV, EV9, EV5, G80, GV70 dan GV60.

Terbaru HMG mengumumkan sasaran untuk menduduki kelompok tiga teratas pengeluar EV dunia menjelang 2030.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02
Kia EV9 GT-Line

 

Sasaran itu bakal dicapai melalui gabungan jualan model elektrik Hyundai Motor, Kia dan Genesis.

HMG juga mengumumkan perancangan untuk melonjakkan pengeluaran EV tahunan di Korea kepada 1.51 juta unit dan 3.64 juta unit di peringkat global menjelang 2030.

Selari dengan objektif tersebut, Hyundai Motor Kia dan Hyundai MOBIS merancang untuk melabur 24 trilion won (RM80 bilion) di dalam industri EV domestik.

Pelaburan skala besar itu bertujuan untuk menaiktaraf ekosistem EV Korea. 

 

Genesis GV60

 

Pelaburan itu juga dijangka menggalakkan kitaran yang bermanfaat di dalam pengeluaran EV domestik, penyelidikan dan pembangunan (P&P), infrastruktur dan industri berkaitan.

Bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran EV domestik, Kia membangunkan satu kilang khusus untuk mengeluarkan EV dan menambah barisan pengeluaran EV sedia ada.

Selain itu, HMG juga akan membuat pelaburan besar di dalam P&P di antaranya membangunkan platform EV generasi baharu dan menambah siri produk sedia ada.

Perhatian turut diberikan bagi membangunkan perkakasan utama dan teknologi canggih dan menubuhkan kemudahan penyelidikan.

 

Kia EV PBV

 

HMG juga akan menggalakkan pembangunan teknologi bersama rakan kerjasama. 

Apa lagi perancangan yang mahu dilaksana? HMG merancang untuk membangunkan platform khusus untuk setiap segmen kenderaan di bawah sistem Integrated Modular Architecture (IMA).

Di antaranya platform eM yang direka khusus untuk EV kereta penumpang dan akan diperkenalkan pada 2025.

Platform yang menggunakan IMA dapat menyeragamkan bateri dan motor bagi mempercepatkan pembangunan produk dan kecekapan.

 

Kia EV6 GT

 

Perancangan HMG turut melibatkan pembinaan infrastruktur pengecasan kelajuan tinggi bagi kemudahan pelanggan EV dan akan terus mengembangkan rangkaian pengecasan di Korea.

HMG sebelum ini telah melancarkan jenama pengecasan pantas EV iaitu E-pit dan E-pit Charging Service Platform (E-CSP),

Seperti yang dinyatakan, cita-cita besar ini turut melibatkan pembekal.

HMG telah pun melaksanakan program bernilai 5.2 trilion won (RM17.3 bilion) bagi membantu perniagaan para pembekal.

 

Hyundai KONA Electric

 

HMG juga akan berkongsi dalam menanggung beban kos dengan pembekal susulan turun-naik harga bahan mentah.

Berkenaan model elektrik, selepas KIA EV9 dengan tiga baris tempat duduk dilancarkan pada tahun ini, Hyundai merancang untuk melancarkan IONIQ 7 pada 2024.

Pada 2030 HMG akan mempunyai 31 buah EV dari Hyundai Motor, Kia dan Genesis.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Kia Niro EV

 

Berita Berkenaan

Informasi
Sebanyak tujuh model kereta akan dikeluarkan dalam tempoh lima tahun. "Pelaburan Hyundai ini akan…
Berita Global
  Selepas kereta berhenti, ACR berkomunikasi dengan IONIQ 6 untuk membuka pelindung slot…
Berita Global
  Berikut adalah ciri-ciri asas robot Hyundai: Pergerakan secara autonomi menggunakan Light…