Stesen pengecas EV pertama di Kuching itu terletak di Dataran ICOM Kuching, di mana ia merupakan lokasi strategik dengan akses mudah kepada pusat beli-belah, restoran dan bangunan pejabat.
Stesen pengecasan tersebut menampilkan tiga poin pengecas, dengan dua daripadanya menyokong pengecasan pantas DC 180 kWj, yang menjadikan stesen di Kuching dengan pengecasan terpantas di Borneo.
Ia beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, dan boleh diakses secara percubaan sehingga September ini.
Melalui rangkaian perayauan EV Gentari, pengguna EV di Kuching dapat menikmati rangkaian Gentari yang mempunyai lebih 600 titik pengecasan di seluruh negara melalui aplikasi mudah alih Setel dan JomCharge.
Pada bulan Jun lepas, Gentari telah telah menandatangani dua Perjanjian Kerjasama Strategik (SCA) dengan Sarawak Energy Berhad dan SEDC Energy untuk bekerjasama dalam meneroka peluang yang berpotensi bagi membangunkan dan menggunakan penyelesaian tenaga bersih di Sarawak.
Kerjasama itu bertujuan mewujudkan satu komprehensif dan rangkaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang luas di Sarawak.
Dimana ia merupakan satu inisiatif penting untuk mempromosikan penyelesaian mobiliti hijau dan menggalakkan peralihan ke arah pengangkutan karbon rendah di negeri itu.