Gigafactory Tesla di Shanghai capai dua juta angka produksi

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Gigafactory Tesla di Shanghai baru-baru ini telah mengumumkan pencapaian dua juta angka produksi EV Tesla yang menghasilkan Model 3 dan Model Y.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Gigafactory itu mula beroperasi pada akhir 2019, di mana pada mulanya pengeluaran hanya melibatkan Model 3, tetapi pada akhir 2020 dan awal 2021, Model Y memasuki pengeluaran dan jualan.

Menurut Tesla, kilang itu telah menghasilkan satu juta angka produksi pada Ogos 2022, 33 bulan selepas bermula operasi, dan kini dua juta angka produksi berjaya dicapai selepas 13 bulan dari tarikh satu juta pertama.

 

2

 

Gigafactory Shanghai juga merupakan kilang pengeluaran EV terbesar di dunia, dengan kapasiti pengeluaran melebihi satu juta unit setahun.

Walaupun Tesla menyatakan bahawa kapasiti pengeluaran hanya lebih 750,000 unit setahun, tetapi data menunjukkan bahawa angka produksi lebih 935,000 unit telah dijual secara tempatan atau dieksport sejak 12 bulan lalu.

Tesla juga merupakan pengeluar kereta asing pertama yang dibenarkan membuka kilang pembuatan milik penuh, dan bukannya usaha sama 50/50 di China.

 

3

 

Sehingga kini, Gigafactory di Shanghai kebanyakannya menghasilkan Model Y (dua kali lebih banyak berbanding Model 3), dan yang terbaru, kilang itu kini memulakan pengeluaran Model 3 2024 yang diberi penambahbaikan baharu.

Pada mulanya, Gigafactory Shanghai tertumpu pada pasaran tempatan, ia kemudiannya dijadikan hab eksport ke beberapa pasaran utama Tesla, termasuk yang terbaharu di Eropah, Kanada dan Malaysia.

 

 

Sehingga akhir Julai, angka eksport telah melebihi 215,000 unit, manakala angka jualan tempatan sekitar 325,000 unit.

Yang pastinya, pengeluaran kini mula tertumpu kepada Model 3 2024, di mana penghantaran untuk pasaran Malaysia dijangka tiba seawal hujung tahun ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan subsidi kerajaan, tambang adalah kira-kira 1.5 yuan hingga 2 yuan (RM0.90 - RM1.20) bagi…
Berita Global
Dunia automotif juga mempunyai masalah yang sama, cuma ia hanya terhad kepada kenderaan-kenderaan…
Berita Domestik
Kata Saarani, pelaburan sedia ada di Perak seperti oleh Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely…