GIIAS 2023: Daihatsu Vizion-F Concept - van Gran Max versi sifar emisi

oleh Mohamad Hanif|
Daihatsu mengambil kesempatan bersempena dengan acara Gaikindo Indonesia International Auto Show tahun ini dengan memperlihatkan beberapa model menarik, termasuklah sebuah konsep van komersial Vizion-F.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Daihatsu Vizion-F Concept secara asasnya merupakan sebuah kenderaan komersial ringan berkuasa elektrik yang dibangun berdasarkan van Gran Max.
 

sumber: 100kpj.com


Setakat ini, perincian berkenaan spesifikasi Vizion-F masih lagi samar-samar, namun berdasarkan laporan van komersial elektrik tersebut direka dan diproduksikan sendiri oleh Astra Daihatsu Motor (ADM).

Secara luaran, ia dilihat banyak berkongsi elemen rekaan bentuk badan dengan model Gran Max, kecuali rekaan unit lampu LED hadapan yang lebih nipis, tiada sebarang bukaan pada bampar hadapan, jeriji yang ringkas berlogokan "EV" kuning, serta rekaan rim aerodinamik.

Menariknya, 'lubang' pada bahagian bampar itu boleh digunakan untuk memaparkan mesej kepada pengguna jalan raya yang lain.


 

sumber: 100kpj.com


Panel cermin hadapan pula dilihat lebih luas, terima kasih kepada tiang A yang sengaja diwarnakan hitam.

Bahagian sisi pula menempatkan pintu gelangsar bukaan elektrik untuk akses ke dalam ruang kargo.

Sementara ruang kabin pula membawakan skrin tengah seakan diambil daripada model Tesla, diikuti dengan kluster instrumen digital yang kecil, upholsteri gandingan warna hitam, putih dan kuning, serta tombol penukaran gear sensitif sentuhan.
 

gran max


Daihatsu Gran Max merupakan antara kenderaan komersial yang masih lagi dijual di beberapa pasaran, sejak ia mula dilancarkan pada tahun 2007.

Selain daripada bentuk badan van panel, Gran Max juga boleh didapati dalam bentuk pikap, dengan pilihan enjin K3-DE 1,298 cc, enjin 3SZ-VE 1,495 cc atau enjin Myvi 2NR-VE 1,496 cc.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Perkara itu diumumkan secara rasmi oleh Mitsubishi menerusi siaran media  semalam, di mana model…
Berita Global
Difahamkan, Mitsubishi Motors juga turut mengumumkan pembukaan pra-tempahan untuk SUV yang belum…
Berita Global
Crossover serba baharu itu dijangka muncul pada acara pameran ke-30 GAIKINDO Indonesia…