Mitsubishi dedah penampilan SUV baharu di Indonesia, pelancaran rasmi 10 Ogos ini

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi nampaknya tidak sabar untuk memperlihatkan model SUV baharu mereka kepada umum dalam satu acara khas yang berlangsung di Indonesia, baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, Mitsubishi Motors juga turut mengumumkan pembukaan pra-tempahan untuk SUV yang belum dinamakan itu menjelang pelancaran rasmi yang dijadualkan pada 10 Ogos nanti.
 

XGFC


Berdasarkan gambar yang dibekalkan, model SUV tersebut didapati mengekalkan majoriti elemen rekaan yang dibawakan pada model konsep Mitsubishi XFC.

Menurut laporan, produksi SUV tersebut akan mengambil tempat di kilang Krama Yudha, Indonesia, dan penghantaran pertama dijadualkan pada November 2023.
 

XFC


Antara perubahan yang boleh dikesan termasuklah penggunaan rim berdiameter lebih kecil, cermin sisi dan pemegang pintu konvensional, skid plate yang telah direka semula tanpa lampu LED, serta grafik lampu LED berbentuk Y yang telah diubah untuk menempatkan unit lampu utama.

Bakal bertempur di dalam segmen SUV kompak, model baharu ini membawakan ukuran sepanjang 4,390 mm, lebar 1,810 mm, tinggi 1,660 mm serta jarak kelegaan bumi setinggi 222 mm.
 

XFC


Mitsubishi turut mengesahkan model tersebut akan didatangkan dengan enjin 1.5 liter (berkemungkinan nadi Xpander 103 hp) yang dipadankan dengan transmisi CVT, sistem pacuan roda hadapan (FWD), serta empat mod pemanduan (Normal, Gravel, Mud dan Wet).

Selain daripada itu, SUV baharu ini turut menjanjikan ruang kabin yang luas, serta didatangkan dengan sistem audio yang dibangunkan oleh Yamaha.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AutonetMagz (@autonetmagz)


Lebih banyak info bakal menyusul menjelang acara pameran Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) pada 10 Ogos ini.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Mitsubishi Xforce merupakan versi produksi dari model konsep yang diperkenalkan di Vietnam pada…
Berita Global
Antaranya termasuklah keicar Delica Mini, diikuti oleh Triton, ASX, Colt, Xpander HEV dan sebuah…
Berita Global
XFC Concept ini bakal diperlihatkan kepada umum pada acara Vietnam Motor Show 2022 yang akan…