GIVI kembali dalam kejohanan CubPrix bersama pasukan GIVI Tekhne Yamaha AHM Motorsports

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pengeluar aksesori motosikal terkemuka dunia asal Itali, GIVI secara rasminya telah mengumumkan penajaan buat julung kalinya bersama pasukan GIVI Tekhne Yamaha AHM Motorsports untuk Kejuaraan Petronas Malaysian CubPrix 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengasas AHM Motorsport, Kenny Chua berkata, “Tahun 2023, merupakan detik sangat bermakna buat kami Tekhne Yamaha AHM Motorsports kerana dapat berkolaborasi bersama jenama antarabangsa GIVI."

 

2

 

"Selaku penaja utama buat pasukan ini, kami berharap rancangan penjenamaan ini dapat menarik minat dan melatih lebih ramai anak muda dalam bidang sukan permotoran ini”.

Pengarah Urusan GIVI Asia, Encik On Hai Swee berkata, “Pengasas GIVI, Giuseppe Vicenzi sendiri merupakan seorang pelumba motosikal tahap dunia, justeru selaku penaja utama buat pasukan ini,"

 

3

 

"Kami sangat berbesar hati serta yakin dan percaya bahawa penajaan dan kolaborasi ini mampu meningkatkan lagi jenama GIVI itu sendiri khususnya buat peminat dunia sukan permotoran dan penunggang motosikal secara umumnya."

"Pelbagai usaha dan masa yang banyak dilaburkan untuk menghasilkan jenama yang kukuh dan berbeza, sesuai dengan nilai dan visi kami."

 

4

 

"Kami percaya ianya mampu menyerlahkan identiti kami dengan berkesan kepada peminat dan pihak berkepentingan.”

Untuk musim ini, kejohanan 10 pusingan Cub Prix telah pun bermula di Litar Sepang pada 25-26 Februari yang lalu dan akan
berakhir di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 25-26 November hadapan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Top box aluminium ini mempunyai kapasiti 45 liter yang boleh memuatkan sebuah helmet flip-up,…
Aksesori Motosikal
Boks E450N2 edisi Rahmah itu hadir dengan ruang simpanan berkapasiti 45 liter, di mana ia mampu…
Aksesori Motosikal
Top box GIVI B32 Bold Gold Topcase Limited Edition mengekalkan reka bentuk dan asas yang sama…