GoCar lancarkan kempen Joyful Journeys GoCar - berpeluang menangi percutian ke Korea

oleh Firdaus Razani|
PLATFORM aplikasi perkongsian kereta, GoCar Malaysia baru-baru ini melancarkan kempen Tahun Baru Cina yang menawarkan hadiah dan tawaran eksklusif ke atas semua rangkaian perkhidmatannya seperti GoCar Share, GoCar Subs, GoCar Garage dan GoCar Cuba Beli.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kempen tersebut akan berlangsung sehingga 29 Februari 2024 dengan tema “Joyful Journeys: Drive into the New Year with Prosperity”.

Selain bertujuan memberi kemudahan dan perjalanan yang selamat kepada pengguna, pengguna juga dapat menikmati lebih penjimatan dan dan berpeluang menangi hadiah menarik seperti percutian ke Korea.

 

gocar

 

Tarikan utama kempen ini ialah peraduan Double Fortune Lucky Draw Dip yang menawarkan peluang peserta memenangi hadiah utama berupa tiket pergi balik untuk dua orang ke Korea.

Manakala untuk pemenang Hadiah kedua akan mendapat Apple Watch, diikuti oleh hadiah ketiga iaitu Apple AirPods.

Peraduan ini terbuka kepada semua perkhidmatan yang mengambil bahagian dan pengguna boleh meningkatkan peluang kemenangan dengan memperbanyakkan penyertaan yang berbeza mengikut perkhidmatan GoCar.

 

gocar

 

Sepanjang tempoh kempen tersebut, pelanggan yang mendaftar untuk pelan langganan selama setahun dan ke atas akan menikmati diskaun istimewa bagi enam bulan pertama langganan tersebut.

Tawaran itu terpakai ke atas semua kategori GoCar Subs iaitu diskaun sebanyak RM288 bagi kategori ECON, diskaun RM388 untuk kategori BASE, diskaun RM588 untuk kategori PLUS, diskaun RM688 untuk kategori EXEC dan diskaun sehingga RM888 untuk kategori LUXE.

Di bawah merupakan simulasi diskaun, penjimatan dan bayaran untuk pelan selama 36 bulan :

gocar

 

Bagi perkhidmatan menukar minyak, GoCar Garage menawarkan diskaun sebanyak 28 peratus ke atas pakej TotalEnergies Quartz terpilih tanpa sebarang had.

 

gocar

 

Kod promo untuk pakej minyak sintetik penuh ialah “HUATFULLY”, manakala bagi pakej minyak semi sintetik, kod promonya “HUATSEMI”.

Tempahan dan servis mesti dibuat sepanjang tempoh kempen sehingga 29 Februari untuk layak menyertai peraduan Double Fortune Lucky Draw Dip.

Tambahan itu, pengguna yang mencari kenderaan terpakai berkualiti boleh menikmati pulangan tunai serta-merta sehingga RM8,888 ke atas model-model terpilih menerusi GoCar Cuba Beli.

 

gocar

 

Pelanggan boleh menikmati pelbagai manfaat lain termasuklah penyelesaian pembiayaan, jaminan lanjutan selama 12 bulan, bantuan pinjaman yang pantas dan mudah serta cukai jalan percuma untuk tahun pertama.

Untuk menempah perkhidmatan GoCar, muat turun aplikasi mudah alih GoCar dan mengenai maklumat lanjut GoCar serta kempen “Joyful Journeys”, boleh layari laman web berikut:

- Laman kempen Joyful Journey: https://joyfuljourneys.gocar.my/

- GoCar Share: https://new.gocar.my/

- GoCar Garage: https://gocargarage.my/

- GoCar Subs: https://www.gocarsubs.com

- GoCar Cuba Beli: https://cubabeli.gocar.my/

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tambahan itu, usaha sama tersebut telah hadir menerusi satu kerjasama di antara GoCar dan bahagian…
Berita Domestik
Tawaran GoValet percuma itu akan tersedia untuk pelanggan di sekitar Lembah Klang, Penang dan Johor…
Berita Domestik
Penambahan model EV baharu dan pelan langganan itu bakal memudahkan dan menjadikannya lebih mampu…