GoPro Hero10 Black dilancarkan, sokongan rakaman sehingga 5.3K

oleh Mohamad Hanif|
GoPro baru-baru ini melancarkan secara rasmi produk kamera aksi lasak Hero 10 Black yang menampilkan penambahbaikan yang menawarkan rakaman yang lebih stabil pada kualiti yang lebih tinggi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sensor sebesar 23MP membolehkan Hero10 Black merakam video pada resolusi maksimum 5.3K/60fps, serta sokongan rakaman gerak perlahan 4X (4K/120fps) dan 8X (2.7K/240fps).
 

goPro


Penggunaan cip pemprosesan GP2 baharu pula membenarkan rakaman kualiti yang lebih tinggi dan stabil, selain meningkatkan prestasi terutama ketika penggambaran kurang cahaya, dan memastikan operasi kamera lebih lancar.

 


Antara ciri lain termasuklah pelindung lensa serba baharu, keupayaan untuk membuat siaran langsung pada kualiti 1080p, tiga unit mikrofon dengan sistem pengurangan kebisingan angin, kalis air sedalam 10 meter dan bateri boleh dicabut berkapasiti 1,720 mAh.
 

Hero


Menurut laporan daripada rakan media Amanz, GoPro Hero10 Black sudah boleh didapati di pasaran Malaysia pada harga bermula dari RM2,399.

Sumber: GoPro, Amanz

Berita Berkenaan

Berita Global
Jenama DJI lebih sinonim dengan peranti gimbal dan dron telah hadir dengan sebuah produk kamera…