GR Corolla dijelmakan dalam bentuk sedan - boleh lawan Subaru WRX

oleh Mohamad Hanif|
Keluarga GR kini telah mendapat ahli baharu, GR Corolla dalam bentuk hot hatch dengan enjin tiga silinder sebaris 1.6 liter turbo, sistem pacuan semua roda GR-Four, serta resepi-resipi lain yang diperlukan untuk sebuah jentera pantas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagaimana pula jika Toyota 'gatal' untuk menawarkan GR Corolla dalam versi sedan?

 


Seorang artis rekaan X-Tomi Design telah menghasilkan sebuah imej janaan komputer yang menampilkan sedan tiga kotak Corolla yang digandingkan dengan elemen sporti daripada GR Corolla.

Selain daripada rupa paras depan yang diambil terus daripada model hot hatch, sedan GR Corolla ini turut menampilkan liang pada fender depan, jarak trek gandar belakang yang ditambah, serta penampilan sayap kekal pada but belakang.

Setakat ini, tiada sebarang perancangan kukuh daripada Toyota untuk menghasilkan GR Corolla dalam versi sedan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Sukan Bermotor
Pasukan Toyota akan menampilkan tiga jentera, iaitu ORC Rookie GR86 CNF Concept, ORC Rookie GR…
Berita Global
Daripada jumlah 200 unit yang diperuntukkan untuk sepanjang tahun, hanya 181 unit sahaja yang telah…