GR Sport ganti peranan TRD Sportivo di Indonesia

oleh Mohamad Hanif|
Untuk para pemilik Toyota, nama khas TRD Sportivo sudah tidak asing lagi memandangkan ia merujuk kepada varian yang paling sporti di dalam penawaran sesetengah model di ASEAN.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Namun, pihak Toyota Astra Motor (TAM) di Indonesia nampaknya sudah mengorak langkah baharu dengan memperkenalkan varian khas GR Sport sebagai menggantikan TRD Sportivo untuk model seperti Agya, Yaris, Rush,dan Fortuner.
 

GR Limited Avanza


Sementara model Avanza Veloz pula didatangkan dengan lencana GR Limited.

Pengenalan varian yang lebih sporti GR Sport ini sudah pun bermula semenjak pelancaran rasmi kembar Ativa, iaitu Toyota Raize di Indonesia pada bulan April lalu.

 


Untuk penawaran varian GR Sport, tiada sebarang penambahan kuasa atau penambahbaikan terhadap aspek pengendalian dibuat, sebaliknya ia hanya bersifat kosmetik semata-mata.

Apa yang pembeli bakal dapat adalah penawaran kit badan, trim berwarna hitam, rim yang lebih unik, penambahan aksesori lain dan diikuti dengan lencana GR Sport bagi menggantikan TRD Sportivo.

Untuk pasaran Malaysia, kita sudah pun mendapat unit pertama GR Sport menerusi model sedan segmen B paling popular, iaitu Toyota Vios GR-S.

Tidak mendapat kit badan semata-mata, Vios GR-S yang dilancarkan sebelum ini mendapat tambahan talaan 10 nisbah kelajuan kepada transmisi CVT, paddle shifter, rim aloi yang lebih besar (17 inci), tayar Toyo Proxes TR1, serta sistem gantungan yang lebih sporti.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Tidak seperti Corolla Cross yang dipasang di kilang Malaysia, Corolla Cross GR Sport ini merupakan…
Berita Global
  RAV4 GR SPORT  RAV4 GR SPORT menggunakan teknologi hibrid Toyota generasi keempat dengan…
Berita Global
Penawaran trim GR Sport kini diperluaskan pada model Toyota Aqua GR Sport 2023 yang sudah pun boleh…