GR Supra dengan kit badan lebar Rocket Bunny - lebih mengancam!

oleh Mohamad Hanif|
Terdapat pelbagai jenis cara untuk menaikkan lagi seri sesebuah kereta, sama anda menjadi lebih sporti, lebih lebar, atau lebih nasi daripada kuah (ricer).

Rocket Bunny kini menawarkan kit badan lebar khusus untuk model kereta sports pacuan roda belakang GR Supra, sekaligus mampu menjadikan GR Supra ini sebuah 'head turner' mengalahkan supercar eksotik lain.
 

GR Supra


Penawaran kit badan lebar Rocket Bunny itu merangkumi komponen seperti splitter depan yang dipasangkan terus pada bampar asal, tambahan fender flare depan dan belakang, skirt sisi berwrana hitam, spoiler ekor itik dengan sayap belakang kekal, diikuti dengan diffuser belakang yang unik.

Satu set rim aftermarket Strasse bersaiz 19x10 di depan dan `19x12 di belakang melengkapkan lagi imej garang Supra ini.
 

GR Supra


Gambar penuh GR Supra berbadankan Rocket Bunny ini boleh dilihat pada galeri di bawah:

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, ia sebenarnya sudah cukup buat para jurutera Toyota untuk menggunakannya sebagai asas bagi…
Berita Global
Kini, Toyota memenuhi permintaan mereka dengan melancarkan GR Supra 2023 yang kini didatangkan…
Berita Global
Ia bukanlah satu perkara aneh, memandangkan Toyota sebenarnya baharu sahaja melancarkan GR Corolla…