Toyota GR Supra 45th Anniversary Edition - tribut kepada Supra Mk4, 900 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada model GR86 TRUENO Edition dan GR Corolla Circuit Edition 2024, Toyota turut mengemaskini penawaran bagi kereta sports GR Supra, dengan pengenalan model 45th Anniversary Edition.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Toyota, model ini merupakan tribut kepada jentera Supra Mk4 dengan penawaran dua warna unik, iaitu jingga Mikan Blast (450 unit sahaja) dan putih Absolute Zero (450 unit).
 

supra


Secara standard, GR Supra 45th Anniversary Edition dilengkapi dengan rim hitam kusam 19 inci, angkup brek GR berwarna hitam, grafik Supra pada bahagian sisi, spoiler belakang larasan manual, serta penambahan strut tower bar pada ruang enjin.
 

sup[ra


Menggunakan asas daripada model GR Supra 3.0 Premium, GR Supra 45th Anniversary mampu menghasilkan kuasa setinggi 382 hp yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan, atau manual enam nisbah kelajuan.

Hanya 900 unit sahaja GR Supra 45th Anniversary Edition yang akan ditawarkan, dan harga jualan akan diumumkan menjelang musim luruh tahun ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika anda masih ingat, beberapa tahun yang lepas Toyota menggunakan animasi untuk mengiklankan…
Berita Global
Berdasarkan semakan di laman web rasmi, Toyota memberitahu pelanggannya bahawa kereta tersebut kini…
Berita Global
Toyota Supra GRMN - singkatan kepada Gazoo Racing Meisters of the Nurburgring - bakal menduduki…