GR Supra Lego berkuasa elektrik - skala 1:1, kelajuan maksimum 28 km/j SAHAJA

oleh Mohamad Hanif|
Toyota GR Supra merupakan model kereta sebenar yang ditukarkan menjadi sebuah model binaan LEGO bersaiz penuh, dihasilkan bersempena dengan ulang tahun Supra yang ke-35.

Sebanyak 477,303 kepingan Lego diperlukan untuk sebuah GR Supra berskala 1:1  ini, dan ia mengambil masa kira-kira 2,400 jam untuk disiapkan.

 


Selain daripada warna kuning yang menyerlah, serta unit lampu utama dan belakang yang berfungsi sepenuhnya, GR Supra Lego ini turut didatangkan dengan motor elektrik yang membolehkannya bergerak sepantas 28 km/j sahaja.

Malah, ia juga jauh lebih berat berbanding GR Supra yang sebenar, iaitu sekitar 1,885 kg berbanding sebuah Supra 35th Anniversary Special Edition (1,640 kg).
 

Supra Lego


Model Lego Supra berskala penuh ini akan dipamerkan di Legoland Jepun sehingga 11 Oktober ini sebelum ia dipamerkan di beberapa pusingan perlumbaan Super GT di seluruh Jepun.

Baca: Toyota GR Supra 35th Anniversary untuk pasaran Jepun

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Apa pun perbezaan antara kedua belah pihak, bagi kami GR Supra masih lagi merupakan salah satu…
Berita Global
Namun, 'tradisi' itu berjaya dipecahkan kembali dengan kehadiran model-model kereta sports seperti…
Berita Global
Rocket Bunny kini menawarkan kit badan lebar khusus untuk model kereta sports pacuan roda belakang…