GR Yaris 'tawaf' Nurburgring dalam masa bawah lapan minit

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu hot hatch yang menerima komen positif di kebanyakan reviu pandu uji pada ketika ini adalah Toyota GR Yaris dan lebih impresif apabila jentera itu diuji sendiri mengelilingi Litar Neraka Hijau, Nurburgring.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu sesi pemanduan yang dibuka kepada umum, Toyota GR Yaris berjaya mencatatkan rekod pusingan bawah lapan minit, atau lebih tepat lagi tujuh minit 56.8 saat.

Namun harus diingat, ini bukanlah catatan rasmi yang dilakukan sendiri oleh Toyota, di mana jarak pemanduan tidaklah sepenuhnya mengelilingi litar (jarak 19.1 km) dan kondisi litar juga tidaklah sebaik yang disangka.

Ini kerana pada hari ujian tersebut dibuat, keadaan cuaca didapati berkabus dan suhu litar mencecah 6 darjah Celcius, namun pemandu GR Yaris tersebut mampu untuk membuktikan rekod sepantas 7 minit 56.8 saat.




Untuk pasaran Eropah, GR Yaris hadir dengan enjin inline-3 dibantu dengan induksi paksaan turbo yang mampu menghasilkan 257 kuasa kuda dan 360 Nm yang dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan.

Sebelum ini, kita didedahkan dengan kehadiran sebuah versi yang lebih pantas, dinamakan sebagai GRMN Yaris menerusi gambar intipan yang dikesan di litar Nurburging beberapa bulan yang lalu.

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan semakan di laman web Toyota FR, hot  hatch cilik itu akan ditawarkan sebanyak 300 unit…
Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…
Berita Global
Ada yang suka dengan stail olskool yang cuba diterapkan oleh Toyota, kerana ia membawakan susun…