Perkara ini disebabkan oleh letusan gunung berapi yang berlaku di Gunung Ruang, Indonesia.
Penerbangan yang terjejas adalah seperti berikut:
Ke/dari Sabah
· MH7420 (KUL-TWU)
· MH7421 (TWU-KUL)
· MH2612 (KUL-BKI)
· MH2621 (BKI-KUL)
· MH2710 (KUL-SDK)
· MH2711 (SDK-KUL)
· MH2610 (KUL-BKI)
· MH2611 (BKI-KUL)
· MH7404 (KUL-BKI)
· MH7405 (BKI-KUL)
· MH2613 (BKI-KUL)
Ke/dari Sarawak
· MH2520 (KUL-KCH)
· MH2513 (KCH-KUL)
· MH2542 (KUL-KCH)
· MH2543 (KCH-KUL)
· MH2574 (KUL-MYY)
· MH2575 (MYY-KUL)
· MH2742 (KUL-BTU)
· MH2473 (BTU-KUL)
Malaysia Airlines akan terus memantau perkembangan dengan teliti.
Kemas kini lanjut mengenai pembatalan penerbangan akan dikemas kini melalui media sosial X Malaysia Airlines dan dimaklumkan terus kepada pelanggan yang terjejas.
Pada masa yang sama, syarikat penerbangan itu sedang berusaha untuk menampung penumpang yang terjejas akibat pembatalan penerbangan pada penerbangan alternatif apabila keadaan bertambah baik secara beransur-ansur.
Penumpang digesa untuk mengemas kini butiran hubungan mereka di laman web Malaysia Airlines untuk menerima kemas kini tepat pada masanya dari semasa ke semasa melalui e-mel dan SMS.
Important Notice: Cancellation of flights on 18 April 2024 due to Mount Ruang volcanic eruption
— Malaysia Airlines (@MAS) April 18, 2024
Due to a volcanic eruption that occurred at Mount Ruang, Indonesia, Malaysia Airlines will be cancelling several flights to/from KL International Airport (KUL) to Sabah and Sarawak…
SUMBER : X Malaysia Airlines