GWM Malaysia buka pusat 4S baharu di Seremban dan Pulau Pinang

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Meluakan lagi rangkaiannya, GWM Malaysia baru-baru ini telah membuka dua pusat 4S baharu yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan dan Butterworth, Penang.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

Pembukaan dua lagi pusat 4S baharu itu kini mengukuhkan lagi kedudukan GWM di Malaysia bagi menawarkan inovasi dan model terbaharu bersama khidmat selepas jualan terbaik.

Pusat 4S baharu itu merangkumi khidmat jualan, servis dan alat ganti dimana GWM berhasrat untuk menyediakan pengalaman yang lancar dan disesuaikan untuk para pelanggan.

 

2

 

Jualan dan perkhidmatan di pusat pengalaman komprehensif itu mencerminkan komitmen GWM untuk menyampaikan hasil yang terbaik dalam setiap aspek.

Bagi pusat 4S yang terletak di Seremban, ia menampilkan keluasan 11,000 kaki persegi yang merangkumi empat ruang kerja servis, bersama ruang pameran yang mampu memuatkan lima unit kenderaan.

Pusat 4S yang terletak di Butterworth Penang pula menampilkan keluasan 25,000 kaki persegi yang merangkumi enam ruang kerja, serta ruang pameran yang mampu memuatkan lima unit kenderaan.

 

3

 

Kedua-dua pusat 4S itu turut dilengkapi pelbagai kemudahan lain untuk memberikan keselesaan terbaik kepada pelanggan termasuk internet, ruang menunggu serta snek dan minuman percuma.

Pada bulan Mei lepas, GWM Malaysia telah membuka pusat 4S pertamanya di USJ Subang yang turut mempamerkan model terbaharunya iaitu Haval H6 dan GWM Cannon.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
 GWM Tank 500   Tank 500 yang bakal dilancarkan pada tahun 2025 untuk pasaran Malaysia hadir…
Informasi
Pemilik kenderaan elektrik (EV) GWM ORA yang bertuah berpeluang untuk memenangi baucar percutian…
Berita Domestik
Ia telah menunjukkan keputusan yang luar biasa sebanyak 62.59 peratus dari tahun ke tahun dalam…