Kemudahan baharu tersebut menandakan bahawa Great Wall Motor kini satu langkah maju ke hadapan dalam mengembangkan rangkaian pengedar di Malaysia, dengan kerjasama Superhub Auto.

Superhub 4S baharu itu merangkumi khidmat jualan, servis, alat ganti serta kemudahan badan dan cat, dimana GWM berhasrat untuk menyediakan pengalaman yang lancar dan disesuaikan untuk para pelanggan.
Jualan dan perkhidmatan di pusat pengalaman komprehensif ini mencerminkan komitmen GWM untuk menyampaikan hasil yang terbaik dalam setiap aspek.

Sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan rangkaian berterusan mereka, Great Wall Motor sedang aktif memilih pengedar yang berkualiti tinggi untuk mengukuhkan liputan rangkaian di Malaysia.
Inisiatif strategik itu didorong oleh dedikasi jenama GWM untuk memastikan para pelanggan mereka sentiasa terjaga dan tenang.

Dengan mengembangkan rangkaian pengedar mereka, Great Wall Motor berhasrat untuk menyediakan akses secara meluas kepada pelbagai produk GWM dan servis selepas jualan yang tiada tandingan.
Pada majlis pelancaran tersebut, GWM turut mempamerkan beberapa model kenderaan sedia ada dan yang akan dilancarkan kelak untuk pasaran Malaysia, termasuk Haval H6 dan GWM Cannon.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web GWM Malaysia, atau kunjungi terus bilik pameran 4S baharu yang terletak di LOT 61711, PLOT A, Persiaran Subang Indah Kawasan Perindustrian Subang USJ 1, 47600 Subang Jaya, Selangor.
