GWM Malaysia tawar Easy Conversion Plan, bantu pengguna beralih kepada EV dengan mudah

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan peluncuran model ORA yang ke-400,000 keluar dari kilang di China, GWM Malaysia ingin menawarkan pelan peralihan Easy Conversion Plan bagi membantu pemilik kereta konvensional sedia ada beralih kepada kenderaan elektrik (EV).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Langkah ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk mencapai sasaran sebagai negara bebas daripada gas rumah hijau seawal tahun 2050.

GWM EV Easy Conversion Plan ini terdiri daripada:

1. Sesi pandu uji ORA Good Cat selama dua hari, membolehkan pelanggan mendalami pengalaman pemanduan sebuah EV dalam kehidupan seharian.
2. Bantuan program tukar beli (trade-in) untuk membantu meringankan beban pelanggan yang mahu beralih kepada EV
3. Kredit pengecasan bernilai RM1,000 secara percuma di stesen pengecasan terpilih untuk pelanggan membiasakan diri dengan infrastruktur pengecasan sedia ada.
4. Pemilik baharu ORA Good Cat akan menerima hadiah berupa aksesori secara percuma!
 

ORA


Bukan itu sahaja, pembeli baharu ORA Good Cat juga akan mendapat pakej pengecas rumah dan mudah alih secara percuma, pakej jaminan selama lima tahun atau jarak perbatuan sehingga 150,000 km, serta jaminan bateri untuk tempoh lapan tahun atau perbatuan sehingga 180,000 km.

ORA Good Cat ditawarkan secara rasmi pada November 2022, dengan dua spesifikasi trenkuasa yang ditawarkan, iaitu 400 Pro dan 500 Ultra.

Kedua-dua varian dibekalkan dengan motor elektrik tunggal berkuasa 143 PS dan 210 Nm, dengan pilihan bateri lithium-iron phosphate (LFP) 47.8 kWh (jarak gerak 400 km) atau bateri berkapasiti 63.1 kWh (jarak gerak sehingga 500 km).

Terdapat lima mod pemanduan disediakan iaitu Normal, Sport, Eco, Eco+ dan Auto.
 

ORA


ORA Good Cat telah direka berdasarkan senibina elektrik tulen L.E.M.O.N GWM yang bermaksud ringan (Lightweight), elektrifikasi (Electrification), pelbagai guna (Multi-purpose), perlindungan menyeluruh (Omni-protection) dan jaringan (Network).

Ciri bantuan pemandu termaju Tahap 2 (SAE Level 2) turut didatangkan pada ORA Good Cat termasuklah brek kecemasan autonomi, kawalan jelajah adaptif (ACC), amaran pelanggaran hadapan (FCW), bantuan pengekalan lorong (LKA) serta sistem kamera keliling 360 darjah.

Untuk ruang kabin, ORA Good Cat menampilkan penggunaan upholsteri berkualiti tinggi, diikuti dengan skrin kluster moden bersaiz tujuh inci, serta fungsi urut pada tempat duduk pemandu.
 

ora


Rakyat Malaysia yang berminat boleh menghubungi talian GWM di 1800-18-2882, atau dengan melayari laman web https://www.gwm.com.my untuk mengetahui butiran Easy Conversion Plan dengan lebih terperinci.

Pelanggan juga boleh melihat dan memandu uji ORA Good Cat di semua pusat pengedar sah GWM. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembukaan pusat 3S ini mencerminkan komitmen GWM untuk meningkatkan keseluruhan pengalaman…
Model Terbaharu
Lebih dikenali dengan nama Ora Grand Cat atau Lightning Cat di sesetengah pasaran, Ora 07 merupakan…
Berita Domestik
GWM ORA 07 telah mendapat perhatian dari segi reka bentuk kereta sport yang diperkemas, serta…