GWM ORA GOOD CAT DIBERI TANDA HARGA BAHARU, BERMULA DARI RM 113,800

oleh Firdaus Razani|
GWM Malaysia baharu sahaja mendedahkan harga strategik baharu untuk hatchback elektriknya, iaitu GWM ORA Good Cat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

ORA Good Cat yang kini hadir dalam tujuh pilihan warna dijual dengan harga baharu yang dijual daripada RM113,800 untuk versi 400 Pro dan RM143,800 untuk versi 500 Ultra.

 

ora

Selain itu, pembeli juga akan menikmati pakej waranti yang meliputi seperti berikut;

  • Waranti 5 tahun / 150,000 KM untuk keseluruhan kenderaan,
  • Waranti selama 8 tahun /180,000 KM untuk bateri dan motor elektrik

 

Sebagai tambahan, GWM Malaysia turut memberi berita baik untuk pengguna ORA Good Cat sedia ada dengan tawaran eksklusif tambahan dua tahun jaminan kenderaan sehingga 150,000 KM.

Pengguna sedia ada juga akan menikmati lima tahun tambahan atau 75,000 KM penyelenggaraan percuma bagi selang selenggara terakhir.

 

ora

 

Selain itu, sempena sambutan perayaan, GWM Malaysia turut menawarkan tawaran istimewa iaitu Pengecas Kotak Dinding Rumah percuma dan Pengecas Mudah Alih 3 Pin dengan pembelian mana-mana GWM ORA GOOD CAT baharu,

Promosi tersebut hanya sah untuk pendaftaran baharu sehingga 30 April 2024.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tambahan itu, usaha sama tersebut telah hadir menerusi satu kerjasama di antara GoCar dan bahagian…
Berita Global
ORA GOOD CAT dengan mudah berjaya mencapai penarafan Hijau 5 bintang dengan meraih purata skor…
Berita Domestik
Pelanggan yang menempah model hatchback elektrik ORA Good Cat dalam warna terpilih bulan ini akan…