Divisyen perlumbaan Ford, iaitu Ford Performance kini mempunyai satu cara terbaru bagi menguji keberkesanan rekaan aerodinamik jentera perlumbaan mereka.
Penggunaan terowong angin yang terletak di North Carolina sebelum ini tidak banyak memberikan input berkenaan status aerodinamik jentera mereka.
Apatah lagi ketika kereta sedang di uji berada di dalam keadaan statik tidak bergerak.
Diinspirasikan idea daripada gym, mereka menggabungkan mesin treadmill ke dalam mesin terowong angin bagi membolehkan mereka menguji dengan lebih terperinci kesan aerodinamik terhadap daya turun (downforce) dan beban pesongan jentera di atas jalan.
Ini lebih memudahkan jurutera perlumbaan di Ford menganalisis bagaimana kereta mampu beraksi ketika di dunia sebenar.
Anda boleh saksikan bagaimana Ford Performance menjalankan 'ujikaji' mereka menggunakan treadmill khas untuk kereta pada video di bawah.
Sumber: Road and Track