Had usia penggunaan teksi dan e-hailing kini dinaikkan kepada 15 tahun

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) hari ini telah mengumumkan pelanjutan had usia penggunaan kenderaan teksi dan e-hailing kepada 15 tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelanjutan itu selaras dengan hasrat Kementerian Pengangkutan dalam usaha melestarikan industri teksi dan e-hailing ke arah menambahbaik sistem pengangkutan negara.

Menurut APAD, pelanjutan had usia itu akan diguna pakai bagi kedua-dua kelas teksi dan e-hailing di Semenanjung Malaysia, dan e-hailing di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang mencapai had usia maksimum bermula 1 Januari tahun ini.

Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi ialah:

  • Pelanjutan terpakai bagi kenderaan dalam kelas lesen teksi dan e-hailing yang telah mencapai had usia maksimum dalam tempoh bermula 1 Januari 2023
  • Semua kenderaan yang akan diberi kelulusan tersebut mematuhi dan melepasi semua syarat pemeriksaan berkala wajib PUSPAKOM
  • Mematuhi syarat operasi lain yang ditetapkan bagi memastikan tahap keselamatan kenderaan, keselesaan pengguna dan imej industri itu terjamin.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai syarat pelanjutan had usia itu, sila layari laman sesawang APAD atau hadir terus ke pejabat APAD yang berhampiran.

Manakala bagi permohonan di Sabah, Sarawak dan Persekutuan Labuan, anda boleh berhubung terus dengan pihak Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan LPKP Sarawak.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
APAD juga mengumumkan permohonan Lesen Operator Sementara untuk perkhidmatan bas ekspress sempena…
Berita Domestik
“Penggantungan itu ditetapkan atas kesalahan gagal mematuhi syarat berkanun lesen Akta Pengangkutan…
Berita Domestik
Menurut kenyataan APAD, Kementerian Pengangkutan tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana…