Kementerian Pengangkutan - Lesen pengendali syarikat lori langgar 14 kenderaan digantung!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar kemalangan di Putrajaya pada 20 September
Lesen pengendali syarikat lori, C&L Minerals Sdn Bhd yang terlibat dalam insiden berlanggar dengan 14 kenderaan di Putrajaya pada 20 Sept lepas, digantung 28 hari berkuat kuasa 19 Nov ini.

Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam satu kenyataan memaklumkan perkara itu diputuskan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) selepas siasatan Jawatankuasa Pembatalan dan Penggantungan Lesen (JPPL) mendapati syarikat itu tidak mematuhi keperluan syarat berkanun lesen yang telah ditetapkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Penggantungan itu ditetapkan atas kesalahan gagal mematuhi syarat berkanun lesen Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan pemanduan secara berbahaya selain mempunyai jumlah saman kelajuan yang tinggi.

“Adalah ditegaskan selepas tempoh penggantungan itu, sebarang transaksi berhubung Lesen Pengendali bagi syarikat tersebut tidak akan dibenarkan,” menurut kenyataan itu.

Dalam kejadian di Kilometer (KM) 5.7 Jalan Persiaran Utara, Putrajaya pada 20 Sept lepas, lori membawa muatan bahan batuan milik syarikat tersebut telah berlanggar dengan 14 kenderaan dan mengakibatkan dua kematian.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu kelewatan laporan hasil siasatan berlaku kerana terdapat elemen yang memerlukan semakan dan siasatan lanjut secara teknikal daripada agensi terlibat yang mempunyai kepakaran tertentu di bawah MOT.

Menurut MOT ia dilaksanakan bagi mengenal pasti punca kejadian, seterusnya memastikan insiden seumpama ini dapat dielakkan daripada berulang.

“Selaku agensi pengawal selia, APAD tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kesalahan pemanduan kenderaan pengangkutan awam darat secara berbahaya yang membabitkan kemalangan dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, kenyataan itu memaklumkan MOT juga telah mengarahkan agensi berkaitan untuk menjalankan pemeriksaan audit pematuhan dan keselamatan ke atas pengendali yang berisiko tinggi.

Pada masa yang sama, pengusaha dan pengendali syarikat turut diingatkan agar memantau prestasi pemandu kenderaan masing-masing serta memastikan aspek kebajikan pemandu terjaga pada setiap masa demi keselamatan pengguna jalan yang lain.

MOT juga berharap tindakan ke atas C&L Minerals Sdn Bhd itu menjadi pengajaran dan peringatan kepada lain-lain pengendali untuk sentiasa mematuhi peraturan semasa beroperasi terutama perkara yang melibatkan hal keselamatan.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Undang-undang kita yang sedia ada cukup tegas bukan saja bawah Akta Pengangkutan Jalan tapi juga…
Informasi
Menurut kenyataan itu, APAD sedang bekerjasama dengan agensi terbabit bagi mendapatkan laporan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata dua mangsa yang…