Hadiahkan isteri Ferrari RM1.2 juta sebagai jasa lahirkan ramai anak!

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang lelaki membuat kejutan menghadiahkan sebuah supercar jenis Ferrari berharga RM1.2 juta kepada isterinya sebagai tanda terima kasih kerana melahirkan ramai cahaya mata.

Berdasarkan video tular di media sosial, orang ramai dilihat berkumpul di tepi jalan di Sunway, Subang Jaya untuk melihat kereta tersebut yang dibawa dengan treler dan dihiasi belon pelbagai warna.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi video sama, treler yang membawa kereta tersebut juga dikatakan telah menghalang jalan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai berasa terharu dan teruja dengan kejutan mewah lelaki tersebut.

“Bagus suami beri hadiah begini kepada isteri. Dia (isteri) layak memiliki semua ini,” kata seorang pengguna.

“Orang kaya tak apalah, boleh belikan hadiah mahal-mahal,” kata seorang netizen.

“Kalau kaya bolehlah beli. Tapi kalau miskin, boleh tengok dari tepi sahaja,” kata seorang lagi pengguna.

Setakat ini, video tersebut telah menerima lebih 1,000 tanda suka dan 20 komen.

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, tiga guru muda itu menempuh perjalanan sejauh 60 kilometer (km) mengharungi laluan…
Berita Domestik
“Saya akan gunakan skuter ini dengan sebaiknya dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Modenas…
Informasi
"Dah capai 10,000 (perkongsian) dalam tiga jam. Terima kasih semua, saya sudah capai KPI (petunjuk…