Hampir 10 ribu Nissan Ariya EV dipanggil semula di US akibat masalah perisian

oleh Mohamad Hanif|
Hampir 10,000 unit Nissan Ariya tertakluk di bawah kempen panggil semula terbaharu di Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan, semasa ujian produksi dijalankan pada Januari 2022, Nissan mendapati operasi motor elektrik Ariya terhenti serta-merta selepas kenderaan tersebut bergerak pada kelajuan rendah.

Kod amaran yang dikeluarkan oleh perisian menunjukkan berlakunya insiden litar pintas di dalam motor elektrik, namun tiada sebarang kerosakan ditemukan.

Pemeriksaan lanjut dibuat pada April 2022 menemukan cebisan gentian konduktif pada hujung gelang gelincir motor elektrik yang terhasil sewaktu proses pembuatan.

Cebisan ini mampu mengakibatkan litar pintas sejenak - satu senario yang menyebabkan komponen penyongsang masuk ke dalam mod fail-safe.

Awal tahun ini, Nissan menemukan gentian konduktif itu boleh terhasil daripada gelang gelincir di dalam motor elektrik, dan situasi ini juga boleh meningkatkan risiko kemalangan sekiranya kejadian litar pintas sejenak itu berlaku semasa kenderaan sedang bergerak di atas lebuh raya.

Sebanyak 9,813 unit Nissan Ariya yang diproduksikan antara Jun 2022 hingga Mei 2023 tertakluk di bawah kempen panggil semula, di mana Nissan akan mengemaskini perisian baharu untuk komponen penyongsang EV tersebut.

Sumber: Electrek

Berita Berkenaan

Berita Global
Lebih tepat lagi, mereka memandu sebuah Nissan Ariya EV dan menurut rekod pasangan itu telah…
Berita Global
Terdapat dalam empat pilihan kuasa, di mana versi asas Nissan Ariya bakal hadir dengan konfigurasi…