Namun Mercedes-Benz percaya jualan kenderaannya akan bertambah baik pada separuh tahun kedua 2019 dan mencatatkan sedikit peningkatan berbanding tahun lalu.
Pada bulan lalu, Mercedes-Benz berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dalam segmen premium di Jerman, United Kingdom, Perancis, Switzerland, Portugal, Denmark, Finland, Republik Czech, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Kanada dan Brazil.
Di bawah ialah prestasi jualan Mercedes-Benz mengikut rantau dan pasaran:
1. Eropah
Di Eropah, Mercedes-Benz mencatatkan jualan 57,963 dengan Jerman sahaja sebanyak 19,296 unit.
Model A-Class baru terus popular di Eropah dan Jerman, dengan pertumbuhan jualan sebanyak dua angka.
2. Asia Pasifik
Di rantau Asia Pasifik, 93,234 unit kenderaan berjaya dijual dengan pelanggan terbesar dari negara China.
Jumlah jualan di pasaran kenderaan terbesar dunia itu adalah 71,697 unit. Jumlah tersebut mewakili 39.7 peratus daripada jualan keseluruhan global Mercedes-Benz.
Angka jualan di China juga adalah rekod baharu buat Mercedes-Benz apabila berjaya menjual lebih daripada 70,000 unit kenderaan dalam masa sebulan.
Pemacu utama kepada prestasi ini adalah model C-Class dan E-Class sedan versi LWB (dipanjangkan) yang mencatat pertumbuhan dua angka.
3. NAFTA (Amerika Utara, Kanada dan Mexico)
Di rantau ini, Mercedes-Benz berjaya menjual 26,068 unit kenderaan. Daripada jumlah itu, 22,507 pelanggan adalah dari Amerika Syarikat.
Model paling digemari pelanggan di Amerika Syarikat ialah C-Class sedan yang berjaya melonjakkan jualan di sana.
Jualan Mercedes-Benz mengikut model:
Jualan bulan Januari banyak disumbangkan oleh famili SUV seperti GLA, GLC, GLC Coupé, GLE, GLE Coupé, GLS dan G-Class. Jualan segmen ini sahaja lebih daripada 60,000 unit di serata dunia.
Namun prestasi jualan terjejas disebabkan peralihan model GLE baharu.
Model C-Class sedan dan wagon pula mencatatkan jualan lebih daripada 36,000 unit. Model C-Class sedan begitu popular di Jerman, UK dan China dengan pertumbuhan jualan mencecah dua angka.
Satu lagi segmen yang menerima sambutan baik ialah kereta kompak. Lebih daripada 41,000 pelanggan memilih model A dan B Class, CLA, CLA Shooting Brake dan GLA.
Namun sama seperti GLE, peralihan model baharu B-Clas dan CLA telah menjejaskan jualan segmen ini.
Dalam segmen ini, A Class menerima sambutan hangat dalam lima bulan berturut-turut dengan jualan global meningkat sebanyak 35 peratus pada bulan Januari.
Ringkasan pencapaian Jualan Mercedes-Benz (Cars):
|
Januari 2019 |
Perubahan % |
Januari 2019 |
Perubahan % |
Mercedes-Benz |
180,539 |
-6.7 |
180,539 |
-6.7 |
smart |
8,297 |
-10.1 |
8,297 |
-10.1 |
Mercedes-Benz Cars |
188,836 |
-6.8 |
188,836 |
-6.8 |
|
|
|||
Jualan mengikut rantau dan pasaran |
|
|
|
|
Eropah |
57,963 |
-11.2 |
57,963 |
-11.2 |
- Jerman |
19,296 |
-11.9 |
19,296 |
-11.9 |
Asia-Pasifik |
93,234 |
-1.3 |
93,234 |
-1.3 |
- China |
71,697 |
+4.8 |
71,697 |
+4.8 |
NAFTA |
26,068 |
-11.5 |
26,068 |
-11.5 |
- AS |
22,507 |
-11.1 |
22,507 |
-11.1 |
Penulis: Muhammad Md Tajudin