Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Negeri (KPDNHEP) telah mengeluarkan senarai harga bahan api bagi kitaran bermula dari 1-14 Jun 2019.
Mengikut pengumuman terbaharu itu, harga RON97 turun 13 sen manakala harga RON95 dan diesel pula kekal tidak berubah seperti minggu lalu.
Senarai harga baharu bahan bakar ini berkuatkuasa bermula 12.00 tengah malam ini (1 Jun).
RON95 - RM2.08 per liter
RON97 - RM2.63 per liter (turun 13 sen)
Diesel - RM2.18 per liter
Diesel Euro 5 - RM2.28 per liter
Harga ini rasmi untuk dua minggu dan pengumuman harga baharu akan diumumkan pada 14 Jun kelak.