Harga minyak dunia kembali teruskan kenaikan

oleh SALINA JALIL|
Harga minyak meneruskan kenaikan di Asia pada Selasa, dipacu tanda-tanda peningkatan permintaan ketika ekonomi utama yang dilanda coronavirus mulai mengurangkan sekatan yang ketat dan pengeluar utama mengurangkan output.


Penanda aras Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermediate (WTI) untuk penghantaran Jun meningkat 7.26 peratus kepada AS$21.87 setong dalam dagangan pagi.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

 

Kontrak itu ditutup kira-kira tiga peratus lebih tinggi di New York semalam, pulih daripada kerugian pada awal hari.

 

Penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent untuk penghantaran Julai diniagakan pada AS$28.25 setong, naik 3.86 peratus.

 

"Asas minyak akhirnya menunjukkan tanda-tanda peningkatan, dan harga memberikan reaksi positif," kata Ahli Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes.

 

"Bekalan mulai menurun dengan cepat, manakala tanda-tanda permintaan meningkat bahkan ketika ekonomi utama sedang dalam peringkat pembukaan semula.

 

Pasaran minyak telah bergolak selama berminggu-minggu ketika coronavirus menjerut permintaan susulan penutupan perniagaan dan sekatan perjalanan, dengan minyak mentah AS pada satu ketika jatuh ke wilayah negatif untuk pertama kalinya.

 

Harga komoditi itu mencatatkan rali besar-besaran minggu lalu, dengan WTI melonjak 25 peratus dua hari berturut-turut ketika pengeluar terkemuka mula mengurangkan pengeluaran sejajar dengan perjanjian utama, dan pada tanda-tanda peningkatan permintaan.

 

Ekonomi dari Asia ke Eropah telah mulai mengurangkan sekatan ketika krisis virus mencapai puncaknya, sekali gus membantu meningkatkan permintaan minyak mentah.

 

Sementara itu, kesepakatan di antara pengeluar utama untuk mengurangkan pengeluaran hampir 10 juta tong sehari berkuat kuasa minggu lalu.

 

ANZ Bank berkata, pasaran dirangsang oleh 'harapan bahawa yang situasi terburuk sudah berlalu berikutan tahap permintaan yang merosot akibat COVID-19.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Informasi
"Seperti yang dijangkakan, harga minyak telah mengukuh menuju ke suku ketiga, disokong oleh…
Berita Global
  Harga minyak bergelut pada paras terendah hampir dua dekad disebabkan kejatuhan permintaan…
Berita Global
Bagaimanapun, bahagian penyelidikan ekuiti itu berkata, kejatuhan harga komoditi itu akan memberi…